Model facelift Honda City baharu kini dibuka untuk tempahan, bakal dilancarkan pada suku ketiga 2023 di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Model facelift Honda City baharu kini dibuka untuk tempahan, bakal dilancarkan pada suku ketiga 2023 di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Julai - Honda Malaysia mengumumkan model terlarisnya, City akan dilancarkan dengan model facelift, yang mana dibuka untuk tempahan mulai hari ini di semua pengedar di seluruh negara.

 

City baharu itu menawarkan pelanggan reka bentuk yang bergaya, ciri-ciri canggih dan berkuasa yang akan meningkatkan lagi model tersebut dalam segmen B, yang mana dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2023 di Malaysia.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pada 2020, pihaknya melancarkan City Generasi ke-5 ke pasaran yang sangat terbuka. 

 

"Pada tahun itu, kami juga meningkatkan standard untuk model terlaris kami dengan memperkenalkan City RS e:HEV buat kali pertama. 

 

"Setakat ini, lebih 68,600 unit City Generasi ke-5 telah terjual sejak pelancarannya, manakala pada separuh pertama 2023, kami telah menjual lebih daripada 10,000 unit. Model ikonik Honda ini telah terbukti menjadi kegemaran dalam segmennya dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Penampilan luar City baharu direka untuk membawa reka bentuk canggih sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Ia mencerminkan kecanggihan dan gaya hidup bercita-cita tinggi pemiliknya, yang mencari kenderaan yang direka dengan baik dan praktikal. 

 

Dalam pada itu, City e:HEV RS lebih panjang dengan reka bentuk bampar yang diperbaharui, berukuran 4,589mm panjang, 1,748mm lebar dan 1,467mm tinggi. 

 

 

honda

 

 

City baharu varian RS juga menerima beberapa peningkatan luaran yang terdiri daripada gril depan honeycomb baharu, gril bawah depan baharu, skirting sisi baharu dan lambang “RS” yang direka bentuk baharu. 

 

Penampilan sporty City RS baharu dipertingkatkan lagi dengan bampar hadapan baharu, bampar belakang baharu dan Roda Aloi Dwi-Tona 16 inci yang direka bentuk baharu.

 

Selain itu, City e:HEV RS baharu dikuasakan rangkaian kuasa 1.5L e:HEV yang menggabungkan dua motor elektrik ditambah dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e-CVT), menghasilkan gabungan kuasa dan kecekapan bahan api yang sempurna. 

 

 

honda

 

 

Penjana kuasa e:HEV yang sangat cekap menghasilkan 109PS output maksimum dan tork 253Nm yang merupakan tork paling berkuasa dalam kelasnya dan setara dengan tork enjin sedutan semula jadi segmen D.

 

Dengan gaya yang lebih tinggi, rangkaian kuasa berkuasa dan ciri paling lengkap dalam kelasnya, City baharu dijamin menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan selesa untuk pelanggan, terutamanya keluarga muda yang menghargai kenderaan praktikal untuk perjalanan harian.

 

Untuk pertanyaan mengenai City baharu atau membuat tempahan, pelanggan boleh log masuk ke prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar mereka. 

 

Maklumat lanjut, lawati mana-mana 101 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi 1-800-88-2020 atau log masuk ke www.honda.com.my. - DagangNews.com