MIDF Research yakin namun berhati-hati terhadap prospek Tiong Nam Logistics | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MIDF Research yakin namun berhati-hati terhadap prospek Tiong Nam Logistics

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 30Nov - MIDF Research mengambil langkah optimis tetapi berhati-hati terhadap prospek Tiong Nam Logistics Holdings Berhad bagi tahun kewangan 2022 (TK22) dan 2023 (TK2023) susulan pembukaan semula ekonomi.

 

Firma penganalisis itu berkata,  dengan Malaysia dan ekonomi serantau dijangka mengalami lantunan semula kecuali sebarang tindak balas yang tidak diingini daripada varian baharu COVID-19 baharu, pihaknya berpendapat bahawa prestasi teguh segmen logistik akan terus mampan. 

 

Ujarnya, selain kemampanan logistik, prestasi segmen hartanah dan hotel juga akan turut meningkat.

 

"Bagaimanapun kami menyemak semula anggaran pendapatan TK22 dan TK23 ke bawah sebanyak -53% dan -28% untuk mengambil kira susut nilai dan pelunasan yang lebih tinggi. 

 

"Kami mengekalkan harga sasaran pada RM0.85 sesaham disebabkan oleh pelarasan menurun dalam pendapatan," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Perolehan Tiong Nam Logistics bagi separuh pertama 2022 (1H2022) melantun semula kepada RM1.8 juta daripada -RM1.8 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

 

Walau bagaimanapun, menurut MIDF Research ia adalah 11.5 % di bawah anggaran tahun penuh kami dan 10.6% konsensus. 

 

"Walaupun pendapatan 1H22 lebih baik, ia diseret oleh prestasi suku kedua dengan PATAMI pada suku tersebut jatuh -93.1% tahun ke tahun  dan -83.6% suku ke suku. 

 

"Ini disebabkan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi pada asas tahun ke tahun.

 

"Untuk itu kami menyemak semula anggaran pendapatan TK22 dan TK23 ke bawah sebanyak -53% dan -28% dengan mengambil kira susut nilai dan pelunasan yang lebih tinggi." jelasnya. -DagangNews.com