Mercury Securities jangka sokongan Foxconn Technology tingkatkan margin keuntungan P.I.E. Industrial | DagangNews Skip to main content

Mercury Securities jangka sokongan Foxconn Technology tingkatkan margin keuntungan P.I.E. Industrial

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jun - Mercury Securities Research menjangkakan sokongan Foxconn Technology Group membolehkan P.I.E. Industrial Berhad meningkatkan margin keuntungannya dengan memanfaatkan kelebihan bahan mentah.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu merupakam pusat sehenti pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) yang menyediakan perkhidmatan pembuatan dan pemasangan wayar serta kabel, fabrikasi acuan, pemasangan papan litar bercetak (PCB) menggunakan ketepatan SMT, ujian produk elektronik, pengacuan suntikan plastik, dan pemasangan produk bilik bersih Kelas 10K dan 100K.

 

Firma itu berkata, mereka berjaya mendapatkan pelanggan N untuk FY20 yang terlibat dengan perniagaan permainan video dan sumbangan pendapatan mereka diiktiraf pada FY21 membolehkan mereka merekodkan pendapatan melebihi RM1 bilion.

 

"Syarikat itu merancang untuk mendedikasikan ruang lantai seluas 120,000 kaki persegi kepada pelanggan A yang terlibat dengan perniagaan perkomputeran awam dan super yang berjaya diraih pada tahun lalu.

 

"Sumbangan pendapatan penuh setahun daripada pelanggan A dijangka diraih pada FY22 dan kami menjangkakan ia akan menjadi pemangkin kepada pendapatan kumpulan pada masa akan datang," katanya dalams atu nota kajia, hari ini.

 

Firma itu berkata, selaras dengan pelan perkembangan masa hadapan, kumpulan itu akan menerima lebih banyak tenaga pekerja yang pada 3QFY22.

 

"Beroperasi selama 24 jam dengan dua syif, kami menjangkakan tempahan tertunggak bernilai RM15 juta akan dapat diselesaikan pada penghujung FY22.

 

"Bagaiamanapun, mereka tetap berdepan beberapa risiko termasuk harga bahan mentah yang tidak stabil serta kekurangan tenaga pekerja," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga saranan (TP) RM4.59. - DagangNews.com