Maxis Business diiktiraf agensi pemasaran e-dagang terbaik pada Anugerah Agency of the Year | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maxis Business diiktiraf agensi pemasaran e-dagang terbaik pada Anugerah Agency of the Year

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Maxis Business dianugerahkan Agensi Pemasaran E-Dagang Terbaik di Anugerah Agency of the Year (AOTY) A&M dan Anugerah MARKies, baru-baru ini

 

Ini termasuk anugerah ‘Gold’ dan ‘Local Hero’ dalam kategori e-dagang bagi AOTY, dan beberapa anugerah MARKies untuk kempen e-dagang dan pemasaran digital bagi beberapa pelanggan perusahaannya, seperti XIXILI Intima, Fitness Concept dan MR DIY.

 

Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone berkata, mereka amat berbesar hati dengan pengiktirafan kepada usahanya dalam membantu pelangaan perusahaan berkembang maju dalam dunia digital. 

 

"Kemenangan ini penting bagi kami dan mendorong untuk terus sedaya upaya dalam memastikan perniagaan melihat kepentingan pendigitalan, sekali gus membolehkan mereka untuk terus menerajui dalam dunia yang berubah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ini adalah kemenangan terbesar bagi Maxis sejak penglibatannya dalam anugerah tersebut sejak 3 tahun lalu, sekali gus membuktikan prestasi konsisten dalam mencapai kecemerlangan untuk pelanggan perusahaannya.

 

Anugerah AOTY A&M diadakan setiap tahun dan panel bebas pemasar kanan dilantik untuk mengenal pasti agensi pemasaran Malaysia yang mempunyai prestasi cemerlang. 

 

Pengiktirafan sebagai ‘Gold’ dan ‘Local Hero’ di bawah kategori Agensi Pemasaran E-Dagang Terbaik mengukuhkan kedudukan Maxis dalam industri e-dagang dan pemasaran digital yang sengit. 

 

 

maxis

 

 

Sementara itu, Anugerah MARKies meraikan kempen pemasaran yang dijalankan dengan efektif daripada jenama, peruncit dan industri tempatan.

 

Beberapa tahun lalu, Maxis telah menyokong perniagaan tempatan untuk mewujudkan dan mengukuhkan kehadiran digital mereka. 

 

 

maxis

 

 

Penyelesaian perdagangan saluran omninya termasuk membantu pelanggan dalam industri dengan penyelesaian e-dagang dan runcit, seperti pembinaan web, pemasaran digital, pengehosan awan, penyelesaian POS digabungkan dengan khidmat nasihat perniagaan serta akses eksklusif kepada Hab Pendidikan Maxis Business. - DagangNews.com