Maxim e-hailing terima 500 pesanan penumpang bawa haiwan peliharaan ketika perjalanan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maxim e-hailing terima 500 pesanan penumpang bawa haiwan peliharaan ketika perjalanan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Dis - Maxim menerima lebih daripada 500 pesanan penumpang yang membawa haiwan peliharaan bersama ketika perjalanan, menurut data platform e-hailing itu pada 2022.

 

Maxim dalam satu kenyataan hari ini berkata, data juga menunjukkan jenis binatang yang menaiki Maxim adalah kucing dan anjing, selain kebanyakan tempahan perjalanan pergi ke doktor haiwan atau kedai binatang peliharaan. 

 

"Maxim Malaysia ingin menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang untuk membawa haiwan peliharaan anda bersama-sama, hanya menempah dengan Maxim e-hailing," katanya.

 

Terdahulu, Maxim e-hailing membenarkan penumpang untuk membawa haiwan peliharaan bersama-sama semasa perjalanan. 

 

Menurut kenyataan itu, takrif ini diperkenalkan sejak operasi Maxim di Malaysia pada tahun 2018 dan masih kekal aktif dengan maklum balas baik.

 

Katanya, penumpang boleh membuat tempahan dengan harga yang berpatutan walaupun ada tambahan haiwan peliharaan.

 

Tambahnya, Maxim menyedari bahawa tidak semua mempunyai pengangkutan sendiri tetapi kebanyakan mereka memerlukan perjalanan dan segelintir yang memerlukan untuk membawa haiwan peliharaan bersama. 

 

"Dengan Maxim Malaysia, penumpang boleh membawa si comel ke taman untuk berjalan-jalan, doktor haiwan untuk pemeriksaan perubatan dan juga mengembara bersama-sama," katanya. - DagangNews.com