KUALA LUMPUR 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia menjalin kerjasama rapat dengan Mesir untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi berkata, beliau menyatakan komitmen Malaysia itu ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry.
"Saya bersyukur Malaysia dan Mesir bersetuju mengaktifkan semula mekanisma hubungan dua hala, dan menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi secara kerap selepas dilanda pandemik COVID-19," katanya.
Perdana Menteri berkata, Malaysia berterima kasih kepada Mesir kerana memberikan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.
Katanya, sejumlah 2,930 daripada 7,145 pelajar Malaysia telah divaksin. - DagangNews.com








