KUALA LUMPUR 12 April - Malaysia menjadi pasaran utama ASEAN yang menjadi tumpuan syarikat dari Asia Barat untuk berkembang di rantau ini terutamanya bagi sektor petrokimia dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Standard Chartered for its Borderless Business: Middle EastASEAN Corridor, mendapati syarikat-syarikat tersebut positif mengenai pertumbuhan perniagaan di rantau ini dengan 78% daripadanya melihat Malaysia sebagai lokasi utama.untuk melaksanakan pengembangan.
Kajian yang sama dijalankan Standard Chartered in the Borderless Business: India-ASEAN Corridor turut menunjukkan Malaysia berada bersama Singapura sebagai 3 destinasi utama yang menjadi pilihan firma India untuk berkembang di ASEAN.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata, ASEAN ialah blok perdagangan yang berkembang pesat dengan pengaruh ekonomi dan kewangan yang semakin meningkat, dan semakin banyak peluang untuk perniagaan di rantau ini
Katanya, setelah berkembang bersama Malaysia dalam tempoh 147 tahun lalu dan menjadi satu-satunya bank antarabangsa yang berada dalam kesemua 10 pasaran ASEAN, Standard Chartered berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong syarikat dari Asia Barat dan India untuk menerokai Malaysia.
"Ini dapat membantu pelanggan kami memanfaatkan peluang pertumbuhan yang berpotensi. ASEAN dan Malaysia perlu menawarkan, terutama dalam sektor pertumbuhan yang penting kepada ekonomi mereka.
"Kami komited untuk menyampaikan penyelesaian kewangan perdagangan yang mampan kepada pelanggan kerana kami meramalkan koridor perdagangan ini berkembang pesat dengan dorongan kerajaan yang kukuh dan peralihan yang ketara dalam permintaan pengguna yang memihak kepada teknologi bersih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kajian itu menunjukkan sektor pertumbuhan yang menjadi tarikan firma Asia Barat terutamanya adalah penapisan dan petrokimia, tenaga boleh diperbaharui (RE) serta barangan runcit dan pengguna.
Dalam hal ini, Malaysia telah mewujudkan zon petrokimia bersepadu yang menawarkan utiliti berpusat, perkhidmatan penyimpanan dan rangkaian pengangkutan yang komprehensif, untuk membantu mengurangkan kos modal dan operasi bagi syarikat.
Pada masa sama, negara ini juga telah muncul sebagai hab utama untuk pengeluaran solar fotovoltaik (PV) dan merupakan pasaran utama bagi barangan halal kerana ia berusaha ke arah membina ekosistem halal yang lebih kukuh antara ASEAN dan Asia Barat.
Bagi syarikat dari India pula, sektor pertumbuhan yang menjadi tumpuan mereka termasuklah pendigitalan, RE dan kenderaan elektrik (EV).
Syarikat teknologi yang berpangkalan di India telah menyertai Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif MyDigital manakala tindak balas negara terhadap pandemik termasuk langkah untuk meningkatkan pembayaran digital dan e-dagang.
Malah, Malaysia juga dilihat sebagai destinasi utama bagi sistem PV. Pelan pengembangan sedemikian dapat mewujudkan peluang baharu untuk syarikat India yang ingin melabur atau menyediakan penyelesaian untuk membantu mencapai objektif kemampanan ASEAN. -DagangNews.com








