Malaysia catat jumlah dagangan bernilai RM239.5 bilion pada Oktober 2023 - DOSM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malaysia catat jumlah dagangan bernilai RM239.5 bilion pada Oktober 2023 - DOSM

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Nov - Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM239.5 bilion pada Oktober 2023 dengan nilai eksport RM126.2 bilion dan import bernilai RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia pada Oktober 2023 bernilai RM126.2 bilion, menurun sebanyak RM5.8 bilion (-4.4%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. 

 

Katanya, penurunan eksport dipengaruhi eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.9 bilion), Sabah (-RM1.5 bilion), Melaka (-RM495.0 juta), Negeri Sembilan (-RM328.9 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (-RM241.6 juta), Kuala Lumpur (-RM196.3 juta) dan Perlis (-RM12.7 juta). 

 

"Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Kedah sebanyak RM745.2 juta, Selangor (+RM478.6 juta), Terengganu (+RM281.5 juta), Pahang (+RM94.2 juta), Pulau Pinang (+RM67.3 juta), Perak (+RM60.6 juta) dan Kelantan (+RM23.3 juta).

 

"Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.9 peratus, diikuti oleh Johor (20.9%), Selangor (18.2%), Sarawak (7.9%) dan Kuala Lumpur (4.3%)," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Mohd Uzir berkata, import pada Oktober 2023 juga menurun RM193.1 juta (-0.2%) berbanding bulan yang sama pada 2022. 

 

Katanya, penurunan import disebabkan import yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM4.3 bilion), Pulau Pinang (-RM1.9 bilion), Kedah (-RM1.2 bilion), Melaka (-RM487.2 juta), Sarawak (-RM64.5 juta) dan Kelantan (-RM5.3 juta). 

 

 

DOSM

 

 

"Bagaimanapun, nilai import meningkat di Kuala Lumpur sebanyak RM2.9 bilion, Selangor (+RM2.2 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.4 bilion), Pahang (+RM743.5 juta), Perak (+RM328.2 juta), Labuan (+RM304.3 juta), Sabah (+RM229.3 juta), Terengganu (+RM99.3 juta) dan Perlis (+RM7.9 juta)," katanya.

 

Katanya, Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan 25.9%, diikuti oleh Johor (24.3%), Pulau Pinang (19.2%), W.P. Kuala Lumpur (8.2%) dan Kedah (5.5%). - DagangNews.com