Malakoff bakal catat untung pada FY2024 susulan penurunan harga arang batu - AmInvestment | DagangNews Skip to main content

Malakoff bakal catat untung pada FY2024 susulan penurunan harga arang batu - AmInvestment

Loji jana kuasa arang batu Tanjung Bin di Johor. Gambar Malakoff
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 7 Mei - Syarikat tenaga dan air, Malakoff Corporation Bhd, dijangka kembali mencatatkan keuntungan dalam suku pertama kewangan tahun 2024 (1QFY2024) berikutan margin bahan api yang lebih baik.

 

Menurut AmInvestment Bank (AmInvestment), selain itu, unjuran keuntungan ini dibuat dengan mengambil kira ketiadaan pengurangan nilai aset dan kerugian dalam syarikat kaitan. 

 

"Sebelum ini kerugian margin bahan api Malakoff berjumlah RM564 juta pada FY23 manakala pengurangan nilai aset bagi Loji Al-Hidd yang 40% kepentinggannya dmiliki Malakoff adalah berjumlah RM96 juta," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Malakoff luaskan sayap kepakaran Operasi dan Penyelenggaraan loji janakuasa ke Bangladesh

 

Jelas AmInvest, dengan harga arang batu yang stabil, Malakoff dijangka mencatatkan keuntungan margin bahan api pada 1QFY24 berbanding kerugian.

 

"Sementara itu, tiada kejadian gangguan besar dilaporkan di loji TBE (Tanjung Bin Energy) dan TBP (Tanjung Bin Power) yang masing-masing menghasilkan 1,000MW dan 2,100MW," jelasnya.

 

Kata firma penyelidikan itu, Malakoff merancang untuk mendapatkan projek solar atas bumbung sebanyak 30MW pada FY24F. 

 

"Pada masa ini, kumpulan ini mempunyai aset solar sebanyak 40MW dalam portfolionya. Malakoff juga telah membuat bidaan untuk projek solar berskala besar (LSS) 5, dengan pengumuman pemenang dijangka pada 1Q2025.

 

"Kemenangan tender untuk loji sisa ke tenaga  (WTE) Melaka pula dijangka diumumkan pada 2H2024, dengan Malakoff dianggap sebagai calon utama," ujarnya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Malakoff kini menjadi tumpuan pelabur dan memberikan nilai wajar 75 sen sesaham dengan saranan 'Beli'.

 

"Ini susulan nilai PE FY25F yang menarik sebanyak 12 kali, di bawah purata 2 tahun sebanyak 14 kali dan pulangan dividen yang menggiurkan sebanyak 7.6% untuk FY24F," ujarnya.- DagangNews.com