Litrak laksana kajian laluan kontra selama tiga bulan di Lebuhraya LDP | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Litrak laksana kajian laluan kontra selama tiga bulan di Lebuhraya LDP

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Julai - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) melaksanakan Kajian Laluan Kontra bermula di KM 19.2 selepas Canopy A, Plaza Tol Petaling Jaya hingga KM 22 dari arah Bandar Sunway ke Putrajaya/Shah Alam, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). 

 

Litrak memaklumkan, kajian itu bermula pada 17 Julai 2023 dari pukul 4.30 petang hingga pukul 8.30 malam dan tempoh kajian adalah selama tiga bulan.

 

Katanya, pelaksanaan tersebut selaras dengan hasrat untuk mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak sebelah petang.

 

"Laluan kontra ini hanya untuk kenderaan ringan Kelas 1 atau pengguna kad Touch ‘n Go sahaja.

 

"Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian laluan kontra ini, pengguna lebuh raya dari arah Puchong menghala ke Bandar Sunway/ Petaling Jaya dinasihatkan untuk menggunakan lorong kiri atau jalan alternatif," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Tambahnya, pelaksanaan kajian laluan kontra itu seiring dengan pelan tindakan strategik Litrak bertepatan dengan hasrat mengurangkan kesesakan trafik kepada pengguna lebuh raya untuk pulang ke rumah. 

 

 

litrak

 

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi bantuan LDP di talian 03-7494 7333 atau ikuti Twitter @LDPTrafik. - DagangNews.com