KUALA LUMPUR 17 Nov - Lazada memupuk semangat kekitaan serta menghargai rakyat Malaysia yang bakal mengundi pada Sabtu ini dengan menghadiahkan LazSapotUndi Baucar Pek bernilai lebih daripada RM350.
Baucar tersebut boleh dikumpul dari aplikasi Lazada Malaysia pada 19 November 2022, dan boleh ditebus hingga 21 November 2022.
LazadaSapotUndi Voucher Pack mengandungi baucar daripada jenama LazMall seperti L’Oreal, Maybelline, Kose, Shu Uemura, Biotherm, Kate Tokyo, Nivea, Garnier, Watsons, Guardian, Eucerin, Johnson & Johnson, GSK, FreePlus, Skintific, Heyup, Blackmores, Appeton, Himalaya, Bayer, Le Pro medic dan eGreen.
Baucar jenama lain, termasuk Lotus’s, Illy, JDE World of Coffee, Carraro Coffee, Oldtown White Coffee, Nutrigold Malaysia, RiceUP!, Guess Watches, Furla Watches, Asus, ViewSonic, Senheng, SenQ, Russel Taylors, Triumph, PerrySmith, Clarks, Bata, Camel Active, Polo Hill, XES Shoes, Kundal, Oxwhite dan Big Care Mart.
Pek Baucar tersebut boleh dikumpul dengan mudah, hanya klik pada ikon ‘Sapot Lokal’ yang terdapat di halaman utama aplikasi Lazada Malaysia, lantas klik pada ikon ‘LazadaSapotUndi’ serta isi borang dan muat naik gambar jari berdakwat undi. Baucar tersebut kemudiannnya akan terpapar di akaun pelanggan.
Sebagai tanda penghargaan berganda sempena PRU15, Lazada juga akan menghadiahkan baucar tambahan RM1.50 dengan pembelian minimum RM15.
Untuk menikmati ganjaran dan baucar tersebut, muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada_my, Twitter @LazadaMY dan YouTube. - DagangNews.com







