KPM siasat isu tular pelajar RMT hanya terima nasi dan kuah sebagai makanan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KPM siasat isu tular pelajar RMT hanya terima nasi dan kuah sebagai makanan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu gambar nasi putih dan kuah didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tular di Facebook. 

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut malam tadi.

 

"Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat," katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

 

 

kpm
Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan siasatan lanjut dibuat terhadap kes tersebut 

 

 

Katanya, KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid. - DagangNews.com