Keyakinan mendapatkan pelanggan baharu, Kenanga Research unjur P.I.E. Industrial catat prestasi lebih baik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Keyakinan mendapatkan pelanggan baharu, Kenanga Research unjur P.I.E. Industrial catat prestasi lebih baik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kenanga Research mengunjurkan P.I.E. Industrial Berhad terus mencatatkan prestasi yang lebih baik pada masa hadapan.

 

Firma itu berkata, keupayaan itu akan didorong oleh pesanan berdaya tahan daripada pelanggan sedia ada serta Pelanggan A dan Pelanggan N yang masing-masing terlibat dalam peralatan berasaskan  litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC) dan produk hiburan isi rumah.

 

"Tambahan pula, kumpulan itu yakin untuk mendapatkan pelanggan baharu yang berpotensi beroperasi dalam pelayan, peranti perubatan dan ruang produk pengguna.

 

"Kumpulan itu telah memulakan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran besar-besaran di Loji 5 (100,000 kaki persegi) dan Loji 6 (275,000 kaki persegi)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, Hasil 1QFY23 meningkat 24.5% hasil daripada jumlah pesanan yang lebih tinggi merentas pelanggannya, kedua-dua pelanggan baharu dan sedia ada.


Katanya, pertumbuhan kukuh daripada segmen perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) meningkat 41% lebih daripada mengimbangi penurunan dalam perniagaan wayar dan kabelnya (-23%).

 

"Bagaimanapun, untung bersih teras 1QFY23 merosot 27.7% apabila kenaikan tarif elektrik berkuat kuasa, ditambah dengan perbelanjaan pentadbiran dan pengagihan yang lebih tinggi," katanya.

 

Firma itu menyukai kumpulan itu kerana mereka mempunyai set kemahiran komprehensifnya, menjadikannya penyedia EMS pilihan utama untuk syarikat mutinasional (MNC), kedudukannya sebagai unit Foxconn selain pangkalan pelanggannya yang pelbagai dan berkembang, daripada mereka yang terlibat dalam peranti komunikasi, alatan kuasa dan peralatan DeFi terkini.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM4.05 sesaham. - DagangNews.com