Kerajaan dijangka umum lanjutan PPA jangka pendek bagi penuhi keperluan pembinaan pusat data - UOBKH | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan dijangka umum lanjutan PPA jangka pendek bagi penuhi keperluan pembinaan pusat data - UOBKH

Malaysia menjadi lokasi pilihan bagi pembinaan pusat data. -Gambar hiasan pusat data AirTrunk

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kerajaan mungkin mengumumkan lanjutan jangka pendek bagi perjanjian pembelian tenaga (PPA) 2 gigawatt (GW) untuk loji tenaga gas yang telah tamat tempoh pada minggu depan, kata UOB Kay Hian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, lanjutan itu kemungkinan akan dilaksanakan untuk tempoh 2025-2027 bagi membantu Semenanjung Malaysia menghadapi kekurangan tenaga jangka pendek berikutan pembinaan agresif pusat data yang memerlukan tenaga tinggi.

 

"Manfaat utama akan dinikmati oleh unit penjanaan Tenaga Nasional Bhd (TNB), pengeluar tenaga bebas Malakoff Corporation Bhd dan dalam jangka panjang, syarikat tenaga boleh diperbaharui," kata UOB Kay Hian hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat data lonjakkan permintaan tenaga, PublicInvest naikkan taraf saranan TNB kepada 'Outperform'

 

Menyemak senarai loji yang telah tamat tempoh, UOB Kay Hian berpendapat bahawa lanjutan mungkin ditawarkan kepada loji tenaga 350-megawatt Malakoff di Prai dan loji 720-megawatt Panglima Edra Energy, loji 310-megawatt Gelugor Tenaga dan loji 650-megawatt Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd.

 

Grid Malaysia mungkin memerlukan tambahan kapasiti sekitar 15 gigawatt menjelang 2035 untuk memenuhi pertumbuhan permintaan, serta untuk mengekalkan margin rizab optimum bagi kebolehpercayaan sistem. 

 

penc
Permintaan tenaga meningkat berikutan pembinaan dan operasi pusat data. -Gambar NAIM AZIZ/DagangNews

 

Loji-loji tersebut akan menggunakan tenaga thermal dan tenaga boleh diperbaharui.

 

Negara ini bergantung pada bahan api fosil termasuk arang batu dan gas asli untuk 81% daripada elektriknya. 

 

Tenaga hidro menyumbang sebahagian besar tenaga boleh diperbaharui manakala solar dan angin menyumbang kurang daripada 5% daripada bahagian tersebut.

 

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Malakoff dijangka dianugerahkan loji tenaga gas 2,800 megawatt yang akan meningkatkan kapasiti penjanaannya sebanyak 40%, kata UOB Kay Hian. 

 

Firma penyelidikan tersebut mempunyai saranan ‘Beli’ untuk Malakoff.

 

Lanjutan selama dua tahun bagi loji tenaga Prai Malakoff akan memberikan aliran tunai tahunan sebanyak RM100 juta dalam pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) kepada syarikat tersebut, menurut anggaran UOB Kay Hian.

 

Loji Prai menyumbang 5% daripada Ebitda Malakoff, yang akan membantu syarikat itu membayar dividen, katanya. 

 

Bagi TNBa, impaknya akan agak kecil kerana unit penjanaan hanya menyumbang 10% daripada keuntungan sebelum cukai, tambah UOB Kay Hian.

 

Secara keseluruhan, firma penyelidikan tersebut mengekalkan sektor ini pada ‘Market Weight'. - DagangNews.com