Kempen Strim & Menang iQiyi tawar hadiah menarik penonton bertuah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kempen Strim & Menang iQiyi tawar hadiah menarik penonton bertuah

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 April - Platform penstriman video Asia, iQiyi menganjurkan kempen ‘Strim & Menang’ yang berlangsung pada 1 April hingga 8 Mei 2022 kepada pelanggan setia sempena menyambut Aidilfitri.

 

Dengan hanya menonton drama di www.iq.com, para penonton berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti TV 55” Prism+, telefon pintar vivo, novel eksklusif 7 Hari Mencintaiku yang ditandatangani penulisnya, Siti Rosmizah dan pelbagai hadiah lagi untuk dimenangi.

 

Para penonton hanya perlu menyelesaikan tugas mudah di iQiyi seperti mendaftar masuk setiap hari, menonton rancangan di platform dan menjemput rakan-rakan untuk memuat turun aplikasi iQiyi bagi mengumpul mata sebagai pertukaran untuk hadiah. 

 

Lebih banyak tontonan, lebih besar peluang untuk menjadi pemenang dan maklumat lanjut boleh didapati di aplikasi iQiyi.

 

Kempen ini juga dianjurkan sempena Bulan Penghargaan Pelanggan iQiyi, untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan VIP. 

 

Sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan daripada para pelanggan setia VIP, iQiyi menyiarkan tiga drama Melayu iaitu Bila Hati Memilih Dia, 7 Hari Mencintaiku 3 dan Kerana Aku Isteri Bidaan yang boleh ditonton melalui iQiyi sepanjang musim perayaan ini.

 

Drama adaptasi novel nukilan Wan Nur Najihah, Bila Hati Memilih Dia merupakan sebuah drama cinta yang menampilkan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana. 

 

 

iq

 

 

Dibintangi oleh pelakon-pelakon kesukaan ramai seperti Shukri Yahaya dan Siti Saleha, 7 Hari Mencintaiku 3 bakal kembali buat musim ketiga, susulan kejayaan dua musim sebelum ini. Para peminat drama itu pasti merasa teruja dengan musim baharu 35 episod ini yang dipenuhi dengan drama dan keterujaan. 

 

 

iq

 

 

Selain itu, banyak lagi drama Korea, Cina dan program anime yang bakal menemui penonton pada April dan bersedia untuk menyaksikan kehebatan pelakon-pelakon pujaan Korea seperti Lee Kwang Soo dan Kim Seol-hyun dalam drama The Murderer’s Shopping List. 

 

Para peminat anime pula bakal disajikan dengan bukan sahaja satu atau dua, malah lima judul untuk ditonton, iaitu Kuroko's Basketball Musim 1 – 3, Haven’t You Heard? I’m Sakamoto, Love. Chunibyo and Other Delusions! dan banyak lagi. - DagangNews.com