Kempen Riang Raya Maxis tidak lupakan golongan OKU | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kempen Riang Raya Maxis tidak lupakan golongan OKU

Tai Kam Leong (dua dari kanan) dan Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi (kanan) ketika majlis pelancaran Kempen Riang Raya Maxis.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 April - Maxis meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan menghargai orang kelainan upaya (OKU) menerusi Kempen Riang Raya Maxis, sekali gus memastikan golongan tersebut tidak ketinggalan sempena perayaan itu.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat berkata, melalui komitmen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia merapatkan rakyat pada musim raya melalui kemungkinan baharu dalam teknologi dan lagu raya.

 

“Kempen Riang Raya Maxis mempamerkan cara pemuzik jalanan boleh mempersembahkan lagu Raya melalui 'kiub maya'.

 

“Kiub ini terbuka kepada orang ramai di NU Sentral dan Kota Bharu Mall, manakala lagu persembahan mereka akan dimainkan di Maxis Stores seluruh negara. Dengan teknologi, pemuzik dapat membuat persembahan di berpuluh tempat sekali gus dari satu tempat,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut Kam Leong, Maxis dan Persatuan OKU Sentral turut bekerjasama dengan pemuzik kurang upaya yang mana persembahan golongan itu akan dipaparkan di kiub maya.

 

“Rakyat Malaysia juga boleh berkongsi rezeki dengan mengimbas kod QR pada kiub untuk menderma kepada Persatuan OKU Sentral. Selain itu, Maxis juga komited untuk mengenal pasti keperluan pendigitalan OKU untuk menyusaikan bengkel digital khas di bawah inisiatif eKelas Usahawan," katanya.

 

Sementara itu, Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi gembira dapat bekerjasama dengan Maxis untuk membawa impak positif kepada komuniti dan juga untuk memastikan golongan OKU tidak ketinggalan.

 

“Golongan OKU amat luar biasa dan mempunyai bakat berbeza, oleh itu mereka sering menjadi pengguna awal teknologi bagi membolehkan kuntuk membolehkan kehidupan harian mereka. 

 

 

maxis

 

 

"Ia amat menginspirasikan untuk lihat bagaimana kami boleh memperkasakan mereka bagi mengembangkan peluang pendapatn dan mencapai kemungkinan baharu dengan alatan digital yang betul," katanya.

 

Sempena kempen tersebut, Maxis juga melancarkan filem perayaannya berjudul Last Kopek, yang mengisahkan ketabahan kumpulan pemuzik dalam menghadapi cabaran, bergantung antara satu sama lain sambil memanfaatkan sepenuhnya kebolehan mereka. 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan menonton filem Raya Maxis, layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/raya-2022/. - DagangNews.com