KUALA LUMPUR 22 Dis - Qoala melancarkan kempen Says Y.E.S dengan menawarkan diskaun sehingga 35% untuk seluruh insurans kereta, motosikal dan kesihatan mulai 23 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023.
Menerusi kempen bertemakan Krismas itu, Qoala menyokong akses yang berpatutan dan insurans mudah untuk memperbaiki kehidupan dan meringankan beban kewangan.
Ketua Qoala Malaysia, Akash Sharma berkata, Qoala says Y.E.S. adalah kempen terbesarnya setakat ini.
Beliau berkata, harapan yang tinggi daripada pelanggan dan rakan kongsi insurans menjamin misi Qoala untuk memperbaiki kehidupan melalui akses dan pemilikan insurans mampu milik.
“Kami percaya tawaran kesihatan yang baru ditambah akan menarik minat orang ramai untuk memiliki insurans kesihatan dengan mudah pada premium lebih rendah.
"Menjelang penghujung tahun, pelanggan juga boleh mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai untuk diri mereka sendiri, pasangan atau tuntutan insurans kesihatan anak mereka sehingga RM3,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerjasama antara rakan kongsi insurans dan takafulnya, AXA Affin, Lonpac Insurance, RHB Insurance, Takaful IKHLAS dan Tune Protect telah menjadikan kempen ini lebih bertuah melalui hadiah menarik yang ditawarkan.
Pelanggan Qoala juga akan berpeluang memenangi hadiah menarik bermula daripada pakej percutian hingga tambah nilai e-dompet bernilai sehingga RM12,800.
Qoala, sebagai pasaran insurans paling komprehensif di negara ini perlu berinovasi secara berterusan dalam memberikan nilai terbaik kepada pelanggannya.
Penyertaan rakan kongsi insurans dan takaful telah membenarkannya berbuat demikian, seperti yang ditunjukkan melalui kempen ini.
Layari qoala.my untuk membandingkan dan memiliki perlindungan insurans pada harga berpatutan. - DagangNews.com








