Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 14 Dis - Kategori Kelengkapan Rumah dan Kediaman secara kolektif menjana jualan berjumlah RM4.8 juta dalam masa sehari semasa 12.12 Jualan Hari Jadi Shopee.
Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, Shopee turut menutup tirai 12.12 Jualan Hari Jadi bersama pembeli, perniagaan dan komuniti tempatan dengan peningkatan kunjungan sebanyak 6 kali ganda di seluruh rantau.
Katanya, para pengguna Shopee turut menikmati musim percutian dan mendapatkan tawaran dan ganjaran terbaik, dengan lebih 850 juta baucar Shopee dituntut pada tarikh tersebut.
"Kami berbesar hati untuk menutup tirai tahun ini dengan positif menerusi 12.12 Jualan Hari Jadi yang telah berlangsung dengan jayanya, yang merupakan penutup bagi festival membeli-belah akhir tahun Shopee.
"Kami berasa gembira dapat membawa keceriaan kepada semua pengguna kami dengan memberikan tawaran terbaik kepada para pembeli, sambil meningkatkan keterlihatan lebih banyak perniagaan.
“2021 merupakan sebuah tahun di mana digitalisasi telah dipercepatkan.
"Kami dapat melihat perkara ini melalui peningkatan pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian, serta bilangan penjual yang baharu kepada platform kami tahun ini.
"Dalam pada kami melangkah ke tahun 2022, kami berharap untuk terus menghubungkan lebih ramai pembeli, perniagaan dan komuniti yang lebih luas supaya mereka dapat menikmati manfaat e-dagang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, pesanan di Shopee Mall turut melonjak sebanyak 14 kali ganda berbanding hari biasa, dan 1 daripada 8 pengguna merupakan pembeli kali pertama.
Pada masa yang sama katanya, lebih ramai pengguna kini menyokong perniagaan tempatan bersama Shopee, dengan 9 dalam 10 pengguna membeli-belah daripada penjual tempatan pada 12 Disember. -DagangNews.com








