Kami pastikan survival usahawan, bukan jadi jutawan - CEO INSKEN | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kami pastikan survival usahawan, bukan jadi jutawan - CEO INSKEN

Muhd Firdaus Azharuddin
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan terus memikul tanggungjawab, amanah dan mandat yang diberikan iaitu membantu usahawan melalui pelaksanaan program latihan serta bimbingan berasaskan keberhasilan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, program-program bimbingan yang dianjurkan bertujuan untuk memastikan survival usahawan mikro supaya dapat terus bertahan, bukannya melatih mereka menjadi jutawan.

 

"Saya selalu dapat soalan. Kenapa INSKEN tak buat kelas ini, kelas itu..sedangkan keperluan ketara yang kita lihat pada usahawan mikro untuk 'survive', bukan nak jadi jutawan.

 

"Kebolehan kami untuk menyampaikan kelas yang bermakna dan ada 'outcome' (hasil). Tiada atau kurang latihan yang serupa ditawarkan oleh agensi lain.

 

"Kemampuan kami untuk buat kelas berkali-kali dan seluruh negara, bukan sekali sahaja. Selain itu, kesinambungan pada kelas atau program INSKEN yang lain," katanya dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

 

Muhd Firdaus berkata, pihaknya tidak menafikan sumber kewangan yang terhad, namun tidak akan menjalankan kelas bimbingan pada kadar separuh penuh.

 

 

insken

 

 

insken

 

 

Katanya, mereka tetap mencuba bersungguh-sungguh bagi memajukan perniagaan usahawan sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara yang mampan.

 

 

insken

 

 

"Biar topik sedikit tapi ramai yg dapat manfaat. Maaf lah kalau kami tak nampak canggih atau terkini. Kami tetap cuba tetapi perlu berpegang pada prinsip-prinsip tersebut," katanya. - DagangNews.com