KUALA LUMPUR 6 April - Program persekitaran yang mampan serta penyelesaian teknologi keselamatan inovatif SEAD Industries (SEAD) dan Viva Odyssey muncul sebagai pemenang terbaru edisi kedua Maxis Awards.
Mereka bakal menerima sehingga RM150,000 penyelesaian Maxis Business, sokongan pakar serta geran kewangan untuk bantu merealisasikan idea berwawasan mereka.
SEAD ialah syarikat pakar dalam reka bentuk bangunan dan perkhidmatan perundingan alam sekitar. Maxis akan membantu syarikat menghidupkan program penuaian buluh yang bakal memulihkan lebih 20 hektar tanah bekas lombong di Batu Gajah, Perak menggunakan kaedah agroforestry secara digital.
Sementara itu, Viva Odyssey ialah pembekal teknologi keselamatan dan sistem integrasi untuk pelantar penggerudian dan operasi minyak dan gas. Dengan sokongan Maxis, syarikat tersebut bakal membina system laporan secara langsung serta amaran bahaya automatic untuk membantu pencegahan pembinaan dan mengurangkan kemalangan.
Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat berkata, sumbangan idea Maxis Awards mengilhamkan pihaknya dan beliau sangat gembira melihat inovasi pemenang edisi kali ini, terutamanya dengan impak demonstrative kepada masyarakat.
"Tujuan kami adalah untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara terus menerajui dalam dunia yang semakin berubah, dan hasrat kami adalah untuk membantu saling hubungan serta memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia di rangkaian Maxis kami.
"Kami berharap, SEAD dan Viva Odyssey dalam merealisasikan visi mereka untuk membawa impak positif kepada komuniti sasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengasas SEAD, Lucas Loo dan Toh Hua-Jie pula berkata, trend bahan alternatif yang boleh diperbaharui semakin meningkat dan buluh adalah satu-satunya yang boleh ditemui di Malaysia untuk mejadi agen utama dalam memerangi perubahan iklim.
"Program pemulihan kami merangkumi penanaman buluh untuk menangkap karbon dan memulihkan degradasi tanah mengunakan teknologi agro yang didayakan IoT. Bersama Maxis, kami juga bakal mengunnakan teknologi bersama petani dan penuai buluh, untuk memudahkan kerja mereka, meningkat produktiviti serta mata pencarian seharian,” katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Viva Odyssey, Jerryson Abraham Doss berkata, kemenangan anugerah itu menggalakkan mereka bahawa tiada idea yang kecil, malah tidak layak untuk mendapat peluang berkembang.
"Kami berterima kasih kepada Maxis kerana mempercayai visi kami untuk meningkatkan sistem keselamatan kakitangan di tempat kerja, dan teruja untuk mempercepatkan pembinaan sistem laporan dan amaran bahaya kami kepada industry minyak dan gas,” katanya. - DagangNews.com








