KUALA LUMPUR 27 Sept - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap peningkatan tempahan jualan VS Industry Berhad yang hadir daripada persediaan untuk musim percutian dan perayaan pada penghujung tahun ini.
Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu menjangkakan momentum itu kekal sehingga FY24 dan akan disokong pelancaran model baharu.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan pelanggan memilih untuk menangguhkan pengeluaran produk baharu tahun ini disebabkan tekanan inflasi dan sentimen pengguna yang lebih lemah.
Bagi Pelanggan Y, kumpulan itu berkata, bahawa terdapat tanda-tanda peningkatan pesanan secara beransur-ansur, walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
"Walaupun terdapat jangkaan peningkatan jualan namun kami merasakan margin keuntungan kumpulan akan terkesan kesan daripada peningkatan kos buruh dan utiliti ditambah dengan kurang penggunaan Pelanggan Y dalam kemudahan i-Park," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
VSI mencatatkan hasil sebanyak RM1.2 bilion untuk suku keempat 4QFY23 meningkat 16% diterjemahkan kepada keuntungan teras selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM53.3 juta.
Ini menjadikan jumlah FY23 kepada RM195.4 juta, yang melebihi jangkaan masing-masing pada 112% dan 108% daripada HLIB Research dan ramalan konsensus.
Pendapatan kumpulan itu meningkat sebanyak 16%, dengan pertumbuhan di seluruh Malaysia (+5%), Indonesia (+7%), China (+40%) dan Singapura (85%).
HLIB mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran 99 sen sesaham lebih tinggi berbanding 84 sen sebelum ini berdasarkan pendapatan harga-harga (PE) 16x yang tidak berubah.
"Kami mengulangi saranan itu memandangkan iklim pasaran yang tidak menentu dan permintaan yang berhati-hati.
"Kami tetap berhati-hati kerana permintaan daripada pemilik jenama utama masih boleh direndahkan berikutan kebimbangan kemelesetan dan sentimen pengguna yang lemah," katanya. - DagangNews.com







