HLIB jangka pengambilalihan Wannatalk, ScanPay bantu RGB bina ekosistem pembayaran lengkap | DagangNews Skip to main content

HLIB jangka pengambilalihan Wannatalk, ScanPay bantu RGB bina ekosistem pembayaran lengkap

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Jun - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan pengambilalihan Wannatalk dan ScanPay membolehkan Revenue Group Berhad (RGB) membina ekosistem lengkap dengan menyepadukan kebolehan terasnya dalam pembayaran.

 

Firma itu berkata, Vsure Tech Sdn. Bhd. (VTSB) akan membantu RGB untuk mengemban dan membangunkan persekitaran business-to-business-to-client (B2B2C) yang teguh dengan menyediakan produk serta perkhidmatan inovatif kepada pelanggannya, seperti insurans atas permintaan, memenuhi keperluan khas individu dan perniagaan.

 

"Sebagai pembekal B2B2C SaaS, RGB dapat membentuk perkongsian dengan pelbagai pemain digital untuk menikmati aliran pendapatan berulang untuk jangka panjang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, RGB merekodkan untung bersih tertinggi bagi suku tahun sebanyak RM4.9 juta dan meningkatkan keuntungan 9MFY22 kepada RM12.9 juta iaiatu 84.5% dan 79.8% jangkaan HLIB dan pendapatan konsensus untuk tahun penuh. 

 

Pendapatan yang lebih kukuh itu disebabkan campuran hasil yang menggalakkan daripada sumbangan ETP yang lebih tinggi yang menghasilkan margin lebih tinggi dan D&A yang lebih rendah.

 

Firma itu berkata, terminal EDC menyumbang 39.1% kepada pendapatan kumpulan pada 3QFY22 dan RGB berkaya menjual lebih 2,300 unit dalam suku sama.

  

Katanya, jumlah terminal EDC yang di bawah sewaan dan pengurusan mwningkat kepada 99,999 unit bagi 3QFY22.  

 

"Walaupun unit yang di bawah sewaan lebih tinggi, pendapatan menurun sebanyak 10.8% kepada RM7 juta akibat potongan harga dan rebat yang ditawarkan kepada perniagaan yang terkesan akibat COVID-19.

 

"Pendapatan terminal EDC bagi 9MFY22 menurun sebanyak 31.7% kepada RM30.9 juta akibat jumlah jualan yang rendah sebanyak 12,400 unit berbanding 33,600 unit pada 9MFY21," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' terhadap RGB dengan harga sasaran (TP) RM1.88. - DagangNews.com