KUALA LUMPUR 2 Jun – Tindakan kerajaan menghentikan eksport ayam ke Singapura berkuatkuasa semalam dilihat sebagai pengisytiharaan 'perang' terhadap kartel industri ternakan ayam yang dikatakan mengawal harga dan pengeluaran ayam di negara ini.
Ahli akademik dan penganalisis ekonomi di Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan hakikatnya adalah protes sebenar terhadap penternak ayam.
“Pada dasarnya (kerajaan) cuba memberi mereka isyarat bahawa ia tidak membenarkan mereka berleluasa lagi. Kami akan melawan anda,” katanya kepada DagangNews.com hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan menghentikan eksport ayam ke negara jiran bermula 1 Jun 2022.
Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan eksport sehingga 3.6 juta ekor ayam akan dihentikan mulai 1 Jun sehingga harga ayam dan pengeluaran stabil, yang merupakan langkah jangka pendek terhadap isu bekalan serta harga ayam.
Ditanya sama sudah tiba masanya kerajaan bertindak terhadap penternak ayam, Barjoyai menjawab: "Ya, sebenarnya."
“Saya rasa apabila perdana menteri membuat pengumuman, anda lihat semua perkara yang beliau tekankan sebenarnya adalah kenyataan tidak langsung, pada dasarnya ini adalah perang menentang kartel.
“Tetapi sudah tentu orang Singapura menangis tetapi mereka sentiasa boleh mendapatkan ayam daripada sumber lain,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, ia hanyalah larangan sementara dan negara perlu mencari penyelesaian jangka sederhana dan panjang.
Tambahnya, penyelesaian jangka sederhana perlu dicari memandangkan penternak merungut tentang kos kilang makanan telah meningkat dan mereka tidak dapat bekalan jagung dan soya.
"Kita harus menggantikannya dengan baik, kita ada penyelesaiannya, kita ada industri minyak sawit yang sebenarnya mempunyai sumber yang kaya misalnya, pelepah kelapa sawit kaya dengan karbohidrat dan gula," katanya.

Namun, beliau berpendapat, pembekal ayam sebenarnya mahukan lebih banyak subsidi diberikan kerajaan kerana pada 60 sen sekilogram, mereka mendakwa ia tidak mencukupi dan bayaran pula dibuat lewat.
"Saya percaya 12 penternak ayam di Malaysia ini sedang mengusahakan kartel, dan cuba mengawal (pengeluaran) ayam.
"Mereka telah membeli semua ayam daripada penternak, disembelih dan disimpan di dalam peti sejuk," dakwa beliau.
Bila ditanya sama ada tindakan yang diambil oleh perdana menteri adalah wajar, beliau berkata, sebenarnya eksport ke Singapura hanya 3.95 juta ayam sebulan dan itu hanya kira-kira 11% peratus daripada penggunaan di Malaysia.
“Penggunaan di negara ini adalah kira-kira 22 juta, justeru, ia bukanlah satu perkara yang besar. Ia adalah isyarat simbolik kita mengambil berat mengenai isu ini," tambahnya.
Pada masa sama, katanya, Malaysia juga bimbang imbangan perdagangan terhadap makanan menjadi defisit.
Secara dasarnya, negara mengimport lebih banyak makanan daripada mengeksport dengan defisit melebihi 30%.
“Tetapi secara keseluruhan, imbangan perdagangan kita adalah positif, jadi kita mempunyai lebihan dalam perdagangan antarabangsa tetapi pada makanan, kita negatif.
Bagi pengeksport, katanya, ini adalah masalah besar kerana apabila larangan eksport ayam dibuat, pengeksport terpaksa menjual ayam mereka di pasaran tempatan.
“Mereka perlu menjual pada harga yang lebih murah berbanding ketika mereka mengeksport. Harus diingat ini adalah agenda negara. Mereka masih boleh untung tetapi keuntungan mereka akan lebih rendah,” jelasnya.

Sementara itu, Prof. Ulung Ekonomi, Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Prof Datuk Rajah Rasiah berpendapat, kekurangan pengeluaran ayam dalam pasaran domestik telah mendorong kenaikan harga sebanyak 30%.
Sementara permintaan yang meningkat di Singapura, yang juga boleh terjadi akibat daripada larangan eksport dari Indonesia, serta inisiatif kerajaan Singapura untuk meningkatkan rizab stok ayam untuk menangani ketidaktentuan yang meningkat.
Memandangkan risiko kekurangan sebegitu sudah pun berlaku mulai 2021 kerana hiperinflasi telah diunjurkan di seluruh dunia berikutan kenaikan harga petroleum, persatuan yang berurusan dengan pengeluaran makanan, import dan eksport sepatutnya berusaha meningkatkan pengeluaran di Malaysia untuk mengambil kesempatan daripada kenaikan harga.
Malangnya, seperti kelapa sawit, badan penyelaras (pihak berkuasa) tidak mengambil kesempatan daripada potensi keuntungan luar biasa yang timbul daripada kekurangan mendadak.
Beliau berkata, ia tidak mengambil masa yang lama untuk menetas dan membesarkan ayam daging, mungkin mengambil masa kurang daripada sebulan untuk ayam matang.
“Oleh itu, walaupun usaha mesti diambil untuk meningkatkan pengeluaran ayam, terutama apabila harga meningkat, reaksi segera mungkin membenarkan larangan eksport," jelasnya.
Selain itu, makanan ayam dan input lain juga telah meningkat kerana kenaikan harga minyak telah membawa kesan domino ke atas semua industri hiliran, dan sesetengah negara telah mengurangkan eksport input tersebut (sebagai contoh, China).
"Walaupun demi untuk memastikan pengguna di Malaysia mempunyai makanan yang mencukupi, kerajaan harus memastikan bahawa tindakan sedemikian tidak mengakibatkan peningkatan penyeludupan dan penjualan ayam yang menjana wang cepat kepada pengguna domestik.
"Tambahan pula, garis pantai Malaysia yang panjang menyukarkan kawalan terhadap penyeludupan,” tegas beliau. -DagangNews.Com








