Harga minyak mentah global naik AS$122.30 setong | DagangNews Skip to main content

Harga minyak mentah global naik AS$122.30 setong

KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga minyak meningkat pada awal dagangan Asia pada hari Selasa selepas pemimpin Kesatuan Eropah berkata mereka telah bersetuju untuk mengurangkan 90% import minyak dari Rusia menjelang akhir tahun ini.

 

Niaga hadapan LCOc1 minyak mentah Brent bagi Julai, yang akan tamat pada hari ini (31 Mei 2022), meningkat 63 sen kepada AS$122.30 setong pada 8 pagi ini.

 

Niaga hadapan minyak mentah CLc1 West Texas Intermediate (WTI) A.S. didagangkan pada AS$117.65 setong, meningkat $2.58 daripada penutupan Jumaat.

 

Tiada urus niaga pada hari Isnin kerana cuti umum AS, menurut laporan Reuters.

 

Pengharaman minyak Rusia dijangka mengetatkan pasaran minyak mentah global yang telah pun menghadapi kekangan bekalan di tengah-tengah pemulihan permintaan selepas wabak. - DagangNews.com