Hadiah RM20,000 menanti pemenang menerusi acara Lazada Run pada 16 Julai 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hadiah RM20,000 menanti pemenang menerusi acara Lazada Run pada 16 Julai 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 April - Lazada buat julung kali menganjurkan acara larian Lazada Run yang akan berlangsung pada 16 Julai 2023 di Persiaran Flora, Cyberjaya.

 

Platform e-dagang itu dalam kenyataan berkata, acara tersebut akan bermula dari 3.30 pagi hingga 10 pagi.

 

Katanya, acara itu bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan orang ramai agar lebih sihat dan cergas bersama Lazada Run. 

 

"Ia akan dianjurkan di enam buah negara di Asia Tenggara, bermula dengan Ho Chi Minh pada 23 April 2023, diikuti Jakarta, Bangkok, Manila, dan Kuala Lumpur, sebelum acara finale di Singapura pada 23 Julai 2023. 

 

"Larian tersebut juga memberi peluang kepada para peserta larian dan para pelanggan Lazada untuk berinteraksi dengan pelbagai jenama kegemaran mereka dalam kategori sukan, fesyen, kecantikan, elektronik, dan banyak lagi di Zon Pengalaman atau Experiential Zones," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, Lazada Run di Malaysia akan menampilkan tiga kategori termasuk larian 5 kilometer (km) untuk kanak-kanak dan dewasa, 10km dan 21km dengan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. 

 

Katanya, juara kategori lelaki dan wanita yang menamatkan larian dalam kategori terbuka larian 10km dan 21km juga berpeluang untuk terbang ke Singapura bagi menyertai acara finale Lazada Run pada 23 Julai 2023, untuk bersaing dengan pemenang Lazada Run dari negara lain untuk merebut tempat pertama.

 

 

lazada

 

 

lazada

 

 

Di samping larian kompetitif ujarnya, terdapat juga Kid’s Dash untuk kanak-kanak, serta Cart Dash tambahan yang terbuka kepada semua peserta yang menamatkan larian. 

 

 

lazada

 

 

"Dengan tiket penyertaan berharga RM30, para peserta boleh menyertai larian pecutan 30 meter, yang mana mereka perlu mengumpul sebanyak mungkin kotak hadiah dalam masa 20 saat. 

 

"Kotak tersebut mengandungi hadiah-hadiah menarik seperti diskaun, baucar, tawaran, dan produk dari Lazada dan rakan penaja Lazada Run," katanya.

 

 

lazada

 

 

Tiket untuk menyertai larian Lazada Run boleh dibeli secara langsung melalui aplikasi Lazada. Harga tiket pendafataran awal boleh didapati sehingga 15 April 2023, dengan penjimatan sebanyak RM10 bagi setiap tiket.

 

Peserta larian Lazada Run harus berumur 13 tahun ke atas, manakala peserta dalam kategori kanak-kanak 5km mesti berumur antara 4 hingga 12 tahun. - DagangNews.com