Gao Feng dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu Volvo Car Manufacturing Malaysia | DagangNews Skip to main content

Gao Feng dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu Volvo Car Manufacturing Malaysia

Gao Feng
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Jun - Volvo Car Manufacturing Malaysia secara rasmi melantik Gao Feng sebagai Pengarah Urusan yang baharu bagi menggantikan Xiao Liming yang telah berkhidmat dengan syarikat itu sejak April 2019 hingga Mac 2022.

 

Gao akan memulakan tugasnya dengan penyeliaan pengeluaran kereta Volvo di Malaysia. 

 

Beliau menyertai Volvo Car Manufacturing Malaysia dari kilang Volvo Car Taizhou yang mana beliau menjawat jawatan Timbalan Pengurus Besar sejak tahun 2016 dan telah memainkan peranan penting dalam melancarkan pelbagai model Volvo Car di rantau itu. 

 

Gao berkata, beliau teruja untuk memulakan era baharu dengan Volvo Cars di Malaysia. 

 

"Selepas pengenalan XC40 Recharge Pure Electric baru-baru ini, saya mahu meneruskan usaha bersama rakan-rakan niaga kami untuk mengeluarkan lebih banyak kenderaan elektrik di pasaran Malaysia untuk dieksport ke rantau ASEAN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Gao memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dari Institut Teknologi Harbin, China. 

 

Beliau memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam industri automotif. Hobi beliau adalah berbasikal dan bermain badminton bersama keluarga apabila berpeluang untuk melakukan aktiviti riadah. - DagangNews.com