foodpanda perkenal beg penghantaran makanan dilengkapi paparan iklan digital | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

foodpanda perkenal beg penghantaran makanan dilengkapi paparan iklan digital

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Nov - foodpanda Malaysia memperkenalkan 'Beg Penunggang Pintar' serba canggih dilengkapi dengan panel digital yang memaparkan iklan mudah alih melalui beg rakan penghantar mereka.

 

Teknologi perintis itu menandakan lonjakan ketara daripada papan iklan statik kepada platform pengiklanan Digital Out of Home (DOOH) dinamik, membentuk semula landskap penglibatan khalayak di Malaysia.

 

Dalam memastikan keberkesanan iklan mudah alih itu, foodpanda mengintegrasikan rangkaian DOOH dengan LUMOS Intelligence. 

 

Kerjasama itu memberikan pengiklan data masa nyata tentang prestasi iklan melalui 'live dashboard'. Pengiklan boleh melihat laluan yang diambil penunggang, mengakses peta yang menunjukkan demografi penonton iklan, dan juga menyasarkan semula iklan melalui telefon pintar sahaja.

 

Ketua Pengiklanan dan Perkongsian foodpanda Malaysia, Santiago de la Torre berkata, menerusi pelaksanaan teknologi itu, pihaknya dapat menyelesaikan beberapa masalah utama yang dialami pengiklan apabila melabur dalam DOOH.

 

"Johor Bahru dipilih untuk projek perintis kerana statusnya sebagai salah satu bandar utama foodpanda di Malaysia dengan pengguna paling aktif dan susun atur geografinya yang padat. 

 

"Ini memastikan bahawa penunggang yang membawa Smart Rider Bags akan menghantar pesanan di kawasan yang jelas, selain memaksimumkan kesan iklan," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

foodpanda
Santiago de la Torre

 

 

Untuk suku pertama 2024, Beg Penunggang Pintar akan disertakan keupayaan untuk penyasaran geo yang tepat, membolehkan pengiklan menyampaikan iklan berkaitan ke lokasi tertentu. 

 

Ciri tersebut dijangka menjadi pengubah permainan untuk pengiklan yang ingin menjangkau pelbagai bentuk khalayak.

 

 

foodpanda

 

Direka bentuk untuk pengalaman yang lancar dalam persekitaran, iklan panda akan memastikan penglibatan pengguna tanpa mengganggu pengalaman foodpanda mereka. 

 

Jenama yang berminat dengan pengiklanan DOOH boleh mendapat manfaat daripada kadar bulanan diskaun serendah RM600 setiap beg dan menerima sokongan hujung ke hujung daripada foodpanda, merangkumi ssemua daripada fasa idea dan pengaktifan awal kepada pelaporan yang mendalam dan perkongsian pandangan. - DagangNews.com