Fajarbaru catat untung bersih RM55.47 juta bagi FY24 didorong sumbangan pembangunan hartanah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Fajarbaru catat untung bersih RM55.47 juta bagi FY24 didorong sumbangan pembangunan hartanah

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Fajarbaru Builder Group Bhd mencatatkan untung bersih sebanyak RM55.47 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) berbanding kerugian bersih sebanyak RM16.64 juta setahun yang lalu. 

 

Lonjakan itu didorong oleh peningkatan sumbangan daripada segmen pembangunan hartanah dan Pembinaan, pendapatan Kumpulan mencecah RM497.41 juta iaitu pendapatan tertinggi sejak pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (IPO) pada 1998 dan meningkat lebih dua kali ganda daripada RM224.06 juta bagi tahun berakhir 30 Jun 2023 (FY23).

 

Bagi suku berakhir 30 Jun 2024 (Q4FY24), Kumpulan mencatatkan untung bersih sebanyak RM4.5 juta, berbanding kerugian bersih sebanyak RM20.23 juta setahun yang lalu. 

 

Pendapatan Q4FY24 ialah RM154.99 juta, meningkat lebih dua kali ganda daripada RM72.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh penambahbaikan dalam segmen pembangunan hartanah.

 

Pada FY24, mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) lebih empat kali ganda kepada RM96.51 juta pada FY24, daripada RM21.05 juta pada FY23. 

 

Fajarbaru berkata, pendapatan segmen ialah RM306.23 juta, meningkat lebih empat kali ganda daripada RM70.52 juta setahun yang lalu. 

 

hhh
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy

 

"Peningkatan pendapatan dan PBT ini terutama disumbangkan oleh pembangunan Vierra Residence @ Kinrara, yang mencatatkan kemajuan kerja yang berterusan berbanding tahun lalu.

 

"Buku pesanan pembinaan Fajarbaru kini berjumlah kira-kira RM1.01 bilion, dengan RM68 juta diperuntukkan kepada projek pembangunan dalaman. Buku tender Kumpulan pula bernilai RM4.41 bilion setakat 30 Jun 2024," ujar Kumpulan itu. 

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, prestasi cemerlang itu adalah bukti minat berterusan terhadap projek hartanah Kumpulan, serta menunjukkan kepakaran dan kredibilitinya dalam industri pembinaan. 

 

"Dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam bangunan bertingkat tinggi, infrastruktur dan projek kereta api, kami berada dalam kedudukan yang strategik untuk memperluaskan buku pesanan Pembinaan kami.

 

"Pada FY25, kami akan memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan pendapatan kami dengan memanfaatkan peluang baharu dalam segmen teras kami yang pelbagai, iaitu pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan," ulas beliau. - DagangNews.com