Eco World International sasar jualan RM1.4 bilion bagi FY23, kata CGS-CIMB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Eco World International sasar jualan RM1.4 bilion bagi FY23, kata CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Dis - Selepas merekodkan hasil jualan mececah lebih RM2 bilion bagi FY22, Eco World International Berhad menetapkan sasaran jualan baharu yang lebih rendah iaitu RM1.4 bilion.

 

CGS-CIMB Research berkata, sasaran jualan baharu itu majoritinya akan disumbangkan daripada projek yang telah siap seperti Embassy Gardens, London City Island, Wardian, Kew Bridge dan Yarra One.

 

Katanya, pada FY22, jualan kumpulan itu mencecah RM2.16 bilion mengatasi RM1.38 bilion pada FY21 mengatasi sasaran awal RM2 bilion didokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik. 

 

"Daripada RM2.16 bilion jualan baharu, RM2 bilion adalah daripada projek di London (EW-Ballymore RM1.29 bilion, EW-London RM706 juta) dan RM162 juta adalah dari Australia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu hanya melancarkan satu projek baharu pada FY22 iaitu New Road Triangle dengan nilai pembangunan kasar (GDV) £51 juta (RM275.46 juta), yang dijual melalui perjanjian en-bloc pada 22 Ogos 2022 dan dijangka siap menjelang FY24.

 

Katanya, kumpulan itu mungkin mengangguhkan pelancarannya (Woking £350 juta (RM1.89 bilion), Oxbow £120 juta (RM648.14 juta) dan Kew Bridge £240 juta (RM1.29 bilion)) sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

 

"Perkara itu perludilakukan disebabkan peningkatan kos pembinaan dan kumpulan itu juga tidak memberikan sebarnag kemas kini mengenai projek bina-untuk-sewa (BTR) baharunya," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) 40 sen sesaham. - DagangNews.com