Dua pemenang bertuah bawa pulang BMW 320i dan Mazda 3 menerusi kempen CNY 2022 Maybank | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dua pemenang bertuah bawa pulang BMW 320i dan Mazda 3 menerusi kempen CNY 2022 Maybank

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Nov - Dua pemenang bertuah, Haniza Baharum dan Muhammad Radzi Zahir masing-masing membawa pulang hadiah utama Mazda 3 dan BMW 320i Sport menerusi kempen CNY 2022 Maybank yang berlangsung dari 1 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022. 

 

Acara ini diadakan di Menara Maybank untuk pelanggan bertuah yang bertanding untuk memenangi dua hadiau utama, serta hadiah menarik lain termasuk produk pelaburan, pembiayaan perumahan dan kenderaan serta produk deposit.

 

Hadiah itu disampaikan oleh Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan dan Ketua Pengurusan & Segmen Kekayaan Runcit, Eunice Chan yang turut menyerahkan kunci contoh kepada kedua-dua pemenang.

 

Kempen Maybank CNY 2022, yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang bertuah dan setia yang telah memberi kepercayaan kepada Maybank sebagai rakan pengurusan kekayaan pilihan mereka dalam menyediakan nasihat dan penyelesaian kekayaan holistik untuk membantu mereka mencapai matlamat kewangan mereka. - DagangNews.com