DSA 2024 buka tirai, 1,300 syarikat wakili 42 negara pamer produk pertahanan terkini | DagangNews Skip to main content

DSA 2024 buka tirai, 1,300 syarikat wakili 42 negara pamer produk pertahanan terkini

Kenderaan APC Guardian yang ditawarkan kepada ATM.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur membuka tirai hari ini.

 

Dengan penyertaan kira-kira 1,300 syarikat mewakili 42 buah negara, DSA 2024 menjadi platform penting dalam pembangunan industri pertahanan.

 

Penyertaan terbesar ialah Turkiye yang mempamerkan pelbagai produk pertahanan melibatkan ketiga-tiga cabang tentera darat, udara dan laut.

 

Antara yang dipamerkan di Pavillion Turkiye ialah helikopter TAI T625 Gökbey buatan Turkish Aerospace Industries (TAI).

 

Helikopter
Helikopter TAI T625 Gobkey.
​​​​​

 

Helikopter ringan dua enjin yang boleh diperanankan untuk tugas pengangkutan dan logistik bagi kegunaan tentera serta agensi keselamatan Turkiye.

 

Seperti firma negara lain, Turkiye turut mengintai peluang untuk memasarkan helikopter TAI T625 Gökbey kepada pengguna di sini khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

 

Ini berikutan ada potensi untuk membida kontrak sedemikian pada masa hadapan.

 

Turut ditonjolkan ialah model kapal korvet kelas Ada buatan firma STM yang menjadi pilihan sebagai kapal misi pesisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

 

Kapal
Korvet Milgem Ada.

 

Pesawat
Turkiye turut menampilkan teknologi dron terkini.

 

Difahamkan, kapal terbaru Kelas Milgem Ada iaitu TCG Kinaliada milik Tentera Laut Turkiye yang dalam pelayaran ke Jepun akan berlabuh di Pelabuhan Klang minggu hadapan.

 

Kunjungan ini antara lain bagi mempertontonkan kapal tersebut selain mengukuhkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

 

Turut hadir pada DSA 2024 ialah firma pertahanan Iran yang juga merupakan negara kuasa ketenteraan di Timur Tengah.

 

Iran bukanlah negara biasa-biasa kerana ia sebelum ini turut menyertai beberapa pameran pertahanan antarabangsa.

 

Pesawat
 Kenderaan Magatti buatan Cendana Auto.

 

Pesawat
Kenderaan Vextor.

 

Tidak ketinggalan ialah syarikat tempatan yang mengetengahkan produk masing-masing khususnya dalam kepakaran automotif.

 

Antaranya ialah Cendana Auto Sdn. Bhd., Mildef International Technologies Sdn. Bhd., Global Komted, Widad Business Group Sdn. Bhd. dan Deftech.

 

Cendana Auto menampilkan dua kenderaan baharu iaitu Vextor (Light Tactical Troop Transporter) dan Magatti (Light Strike Vehicle).

 

Kedua-dua kenderaan ini dipamerkan buat pertama kali pada DSA.

 

Helikopter
Model jambatan sokongan logistik yang dibekalkan oleh Stare kepada Tentera Darat.

 

Kapal

 

Syarikat Global Komited pula mempamerkan kenderaan APC Guardian Extreme dengan potensi untuk mendapatkan kontrak ATM.

 

Kenderaan sama iaitu IAG Guardian telah digunakan oleh tentera pengaman Malaysia di Lubnan.

 

Turut mempamerkan produk ialah syarikat Stare Resources Sdn. Bhd. (Stare) yang memfokus pada peralatan kejuruteraan medan.

 

Syarikat tersebut sebelum ini diberi kontrak membekalkan 11 unit sistem pembersihan air dan 2 unit jambatan sokongan logistik kepada Tentera Darat. - DagangNews.com