KUALA LUMPUR 16 Mei - Sempena pelancaran siri minuman terbaharu 'The Indulgence', Coolblog, jenama minuman tersebut berkerjasama dengan lebih 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi menggembara sejauh 143 kilometer (km) merentasi Semenanjung Malaysia sambil berbakti semula kepada golongan yang memerlukan.
Coolblog dan komuniti bikers juga berganding bahu untuk tujuan amal demi membantu kanak-kanak yang memerlukan dengan menggalakkan mereka untuk mengejar minat tersendiri dan membuat perubahan dalam komuniti masing-masing.
Pengerusi Coolblog Malaysia, Tunku Ali Redhauddin berkata, teras jenama tempatan itu adalah semangat mereka yang jauh melangkaui kejayaan dalam perniagaan.
“Kami bersyukur atas peluang yang diberikan untuk menyokong organisasi yang bertekad untuk meningkatkan kehidupan golongan kurang bernasib baik.
"Komitmen kami untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat, digabungkan dengan semangat dalam segala usaha yang dilakukan mendorong kami untuk terus membantu masyarakat menyedari potensi mereka dan mengejar impian dalam hidup," katanya dalam kenyataan.
Dalam program itu, Coolblog menyumbang RM100 kepada Teach For Malaysia, Yayasan Munarah dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan bagi setiap bikers yang menyertai perjalanan dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar Lebuhraya Kesas ke Aeon Bandaraya Melaka.
Sementara itu, siri terbaharu The Indulgence oleh Coolblog mencerminkan dorongan jenama tersebut untuk menghasilkan minuman berkualiti.


Dengan empat pilihan perisa yang pasti menambat selera, setiap minuman disempurnakan dengan campuran sos karamel masin, mousse keju berkrim, dan serbuk biskut Lotus Biscoff yang rangup.
Dengan siri terbaharu yang melazatkan lagi memuaskan ini, pelanggan pasti menemui pilihan kegemaran mereka dengan empat jenis perisa yang terdiri daripada Cookies & Cream Indulgence, Triple Coffee Indulgence, Lattecino Indulgence, dan Choctiramisu Indulgence.

Keenakan product The Indulgence turut memberikan rasa kemewahan dan keenakan perisa yang dapat dirasai dalam setiap ciptaan Coolblog. - DagangNews.com








