The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia perkenal rangkaian minuman baharu mulai 7 Julai 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia perkenal rangkaian minuman baharu mulai 7 Julai 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Julai - The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia memperkenalkan rangkaian musim panas terbaharu, Strawberries & Cream Ice Blended, yang bakal berada di semua kafenya bermula 7 Julai 2023. 

 

Ketua Pemasaran dan Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Fiona Rodrigues berkata, dengan rona merah jambu yang memikat hati serta tekstur yang lembut, minuman campuran ais ini pasti akan memberi kelegaan kepada pelanggan dalam cuaca Malaysia yang panas terik ketika ini.

 

"Sama seperti Mint Chocolate Chip Ice Blended popular kami yang telah dibawa kembali ke kafe, kami ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menemui semula ‘Keterujaan Zaman Kanak-Kanak yang Sebenar’ melalui Strawberries & Cream Ice Blended.

 

"Berbekalkan warisan kami selama tiga dekad, minuman ini dihasilkan dengan tangan sehingga sempurna, dengan rasa dan kualiti yang terulung. menggabungkan perisa kegemaran yang kita semua kenali dengan sentuhan menyegarkan. 

 

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan minuman musim panas baharu ini, baik untuk mereka yang sekadar memuaskan keinginan, ataupun ibu bapa yang ingin berkongsi detik istimewa dengan anak-anak mereka," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Minuman baharu Strawberries & Cream Ice Blended boleh didapati dengan harga RM18.90 untuk saiz kecil dan RM20 saiz biasa RM20.90.

 

Ia juga memberikan kemanisan dengan potongan buah-buahan sebenar, ditambahkan lagi dengan tekstur yang lembut. 

 

 

coffeebean

 

 

Lebih menarik lagi, minuman itu hanya menggunakan teh hitam bermutu tinggi yang telah direndam selama 5 jam sebagai asasnya.

 

Strawberries & Cream boleh dinikmati dalam format Strawberries & Cream Cold Brew Tea berharga RM17.90 untuk saiz kecil) dan RM19.90 (saiz biasa), yang tersedia dalam perisa manis ataupun ‘sparkling’.

 

 

coffeebean

 

 

coffeebean

 

 

Selain itu, keluaran baharu yang menyegarkan ini juga boleh digandingkan dengan tambahan baharu dalam menu bermusim daripada Summer Strawberry Tart sehinggalah Strawberry Haze, Buttermilk Chicken Sandwich, serta Caesar Salad yang dibawa kembali untuk memenuhi selera para penggemar.

 

Bagi menyemarakkan lagi sambutan musim panas, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia turut memperkenalkan misi “Strawberry Stampcard”, yang mana pelanggan akan mendapat setem untuk setiap misi yang diselesaikan, dan berpeluang memenangi bekas minuman Vintage Strawberry edisi terhad,  selepas menyelesaikan kesemua enam misi.

 

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baharu, berita dan promosi daripada The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, layari Facebook (www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage), Instagram (@coffeebeanMY), TikTok (@coffeebeanMY), atau laman web rasmi di www.coffeebean.com.my. - DagangNews.com