KUALA LUMPUR 1 Mac - Pasaran perumahan diramalkan stabil dan kukuh pada tahun ini berikutan beberapa inisiatif kerajaan untuk pemilikan rumah yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan JUWAI IQI, Kashif Ansari.
Inisiatif tersebut dilihat sebagai usaha yang memberi manfaat kepada pembeli rumah kali pertama dan menyokong pembangunan rumah mampu milik, kata Kashif yang menyambut baik pengumuman tersebut.
Kashif berkata peningkatan peruntukan membantu pekerja gig untuk mendapatkan gadai janji perumahan kepada RM5 bilion untuk 20,000 peminjam adalah langkah penting mendangkan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Tanpa bantuan ini, peningkatan pangkat pekerja gig akan terkunci daripada pasaran perumahan yang akan menghalang mereka daripada strategi selamat dan terbukti untuk membina kekayaan dan keselamatan iaitu pemilikan rumah,” tambahnya.
Selain itu, pengecualian duti setem bagi hartanah bernilai bawah RM500,00 dan pengecualian duti setem sebanyak 75% untuk hartanah kediaman bernilai RM500,000 hingga RM1 juta dilihat mampu mengatasi kesukaran pembeli rumah memandangkan cukai tersebut merupakan urus niaga yang menekan.
“Pengecualian duti setem boleh mengurangkan bilangan hartanah kosong di negara ini dan merangsang pembangunan baharu,” menurutnya.

Nilai ambang baharu untuk pemindahan harta juga memberi manfaat kepada golongan miskin tanpa menimbulkan beban yang tidak wajar kepada golongan kaya, katanya.
“Belanjawan yang disemak itu juga termasuk beberapa inisiatif yang digabungkan dengan perbelanjaan lebih RM2.2 bilion untuk meningkatkan kualiti stok perumahan sedia ada di negara ini, sama ada melalui pengubahsuaian dan pembaikan atau melalui pembinaan baharu.
“Langkah-langkah Belanjawan ini akan menghasilkan pembinaan lebih 35,000 rumah baharu untuk mereka yang berpendapatan rendah dan 7,000 unit untuk angkatan tentera,” tambahnya.
Menurut Kashif, hal tersebut akan membawa sedikit kestabilan kepada pasaran namun tidak mengubah secara ketara arah aliran sedia ada serta penambahbaikan pada harga dan unit tidak terjual sepanjang tahun ini.
“Pasaran kediaman akan bertambah kukuh seiring dengan peningkatan sehingga 3% pada tahun ini dalam aktiviti transaksi.
Pelancaran projek baharu yang menarik oleh pemaju akan berjaya berikutan kedua-dua pembeli tempatan dan asing kembali ke pasaran,”tambahnya. -DagangNews.com








