Bank Islam umum persaraan Khazali selepas lima tahun berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bank Islam umum persaraan Khazali selepas lima tahun berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah

Datuk Seri Khazali Ahmad
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan -  Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengumumkan persaraan ahli lembaga pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad selepas lima tahun berkhidmat, berkuat kuasa 2 Januari 2023.

 

Khazali menyertai Bank Islam sebagai pengarah pada 2 Januari 2018. 

 

Sepanjang perkhidmatannya dengan kumpulan, beliau telah memegang pelbagai peranan penting termasuk sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Pengarah, Ahli Jawatankuasa Lembaga Audit dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Teknologi Maklumat.

 

Pengerusi Bank Islam, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, lembaga pengarah, pengurusan dan warga Bank Islam ingin menzahirkan penghargaan kepada Khazali atas komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatannya. 

 

"Dalam tempoh lima tahun, bimbingan yang beliau berikan telah membantu kumpulan untuk berkembang dengan lebih kukuh. 

 

"Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi selepas ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com