KUALA LUMPUR 6 April - PHS Automotive Malaysia (PHSAM) melancarkan kempen selepas jualan #AudiOnTheMove bagi memastikan para pemilik Audi dapat menikmati pengalaman pemanduan yang tenang sepanjang musim perayaan ini.
PHSAM dalam kenyataan hari ini berkata, kempen itu memberi manfaat daripada dua program, Pakej Pembaikan Audi untuk kenderaan berusia enam tahun dan ke atas, manakala Audi Plus pula bagi kenderaan lima tahun dan ke atas.
Katanya, Pakej Pembaikan Audi kini menawarkan diskaun sebanyak 30% ke atas beberapa alat ganti termasuklah set brek, penyerap hentak, bearing dan tali sawat pemasaan.
"Audi Plus pula menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk tiga servis pakej penyelenggaraan yang seterusnya dan tawaran ini sah dalam tempoh tiga tahun selepas pendaftaran.
"Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi di seluruh negara sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar," katanya.
Menurut kenyataan itu, sebagai tambahan, bermula 1 April hingga 30 Jun, pemilik Audi yang berbelanja RM800 ke atas mana-mana pakej berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Audi.
Selain itu, sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Audi Malaysia kini menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan pemilik.
"Sekiranya ia memerlukan pembaikan, pemilik tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti tulen sahaja yang akan digunakan.
"Kempen ini juga terbuka kepada mana-mana kenderaan Audi yang dibeli melalui pengimport parallel yang perlu menjalani Pemeriksaan Kondisi Audi (Audi Condition Check, ACC) untuk memastikan ia boleh diservis," katanya.
Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, menerusi kempen #AudiOnTheMove, pihaknya berharap dapat menggalakkan pemilik kenderaan berusia lima tahun dan ke atas untuk mengutamakan aspek penyelenggaraan Audi.
"Kami faham bahawa menyelenggara kereta anda boleh jadi mahal dan memakan masa, jadi kami mahu memudahkannya terutama sewaktu sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba," katanya.
Maklumat lanjut mengenai kempen #AudiOnTheMove, sila layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre untuk membuat temu janji. - DagangNews.com








