Audi tawar diskaun 30% alat ganti brek kenderaan sempena pelancaran kempen selepas jualan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Audi tawar diskaun 30% alat ganti brek kenderaan sempena pelancaran kempen selepas jualan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Julai - PHS Automotive Malaysia (PHSAM) melancarkan kempen selepas jualan 'Treat Your Audi' yang menawarkan pelbagai kelebihan dan sokongan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan lebih selamat kepada para pemilik Audi. 

 

Kempen yang bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2023 itu membolehkan 30 pemilik Audi terpilih berpeluang memenangi barangan eksklusif Audi pada setiap bulan. 

 

PHSAM berkata, mereka akan dipilih berdasarkan kepada perbelanjaan minimum sebanyak RM800 ke atas Pakej Pembaikan Audi atau langganan Audi Plus. 

 

Katanya, sepanjang tempoh ini, pelanggan Pakej Pembaikan Audi akan menikmati potongan harga bermula 30% untuk set brek yang merangkumi cakera brek, brek pad, penyerap hentakan, galas dan tali sawat pemasaan. 

 

"Tawaran-tawaran eksklusif turut diberikan ke atas kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas di bawah program Audi Plus. 

 

"Pemilik bakal menikmati diskaun servis penyelenggaraan sebanyak 10% dan 3 baucar diskaun servis yang boleh digunakan dalam tempoh tiga tahun selepas mendaftar. 

 

"Bukan itu sahaja, pemilik akan menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi di seluruh negara sehingga 12 bulan bermula dari tarikh penebusan baucar," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

audi

 

 

Menurut PHSAM, pemilik tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti tulen akan digunakan jika ada sebarang pembaikan perlu dibuat di Audi Center. 

 

Katanya, dalam usaha  menawarkan servis berkualiti, hanya juruteknik terlatih Audi akan membuat diagnostik, servis dan pembaikan menggunakan peralatan diagnostik terkini. 

 

"Sebagai tambahan, pelanggan yang memberi bateri baharu Audi akan layak untuk menerima penjimatan sebanyak 20%," katanya.

 

Katanya, para pemilik kenderaan import parallel turut dijemput untuk memanfaatkan kempen ini dengan membawa kereta mereka ke mana-mana Audi Center bagi membuat Pemeriksaan Kondisi Audi (ACC). 

 

"Pemeriksaan komprehensif itu akan menilai kondisi sesebuah kenderaan bagi memastikan aspek kebolehpercayaan, prestasi dan memberi ketenangan minda kepada pemiliknya. 

 

"Lebih penting lagi, Audi mencadangkan agar servis dilakukan pada setiap 12 bulan atau 15,000 kilometer untuk memastikan kereta mampu berfungsi sebaiknya," katanya.

 

Melalui kempen Treat Your Audi, matlamat Audi adalah untuk menggalakkan lebih ramai pemilik menikmati pengalaman pemanduan premium yang hadir apabila memiliki sebuah Audi. 

 

Dengan pelbagai jenis ganjaran dan hadiah percuma, Audi berharap dapat menggalakkan para pemilik supaya memanfaatkan peluang yang unik ini. 

 

Maklumat lanjut mengenai kempen Treat Your Audi, sila layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Center untuk membuat temu janji.  - DagangNews.com