AmBank biaya sebahagian pelaburan dalam Baskin-Robbin bernilai RM30 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AmBank biaya sebahagian pelaburan dalam Baskin-Robbin bernilai RM30 juta

KUALA LUMPUR 13 Feb - AmBank Group membiayai sebahagian daripada pelaburan RM30 juta dalam pusat sehenti bagi rantaian bekalan sehenti Baskin-Robbin di Bandar Serenia, Sepang.

 

Pelaburan dalam Golden Scoop Sdn Bhd (Golden Scoop) sebagai pemegang francais induk dan pengendali Baskin-Robbins Malaysia dan Singapura akan menyatukan fungsi penyimpanan, pembuatan dan pengedaran aiskrim dari jenama terkemuka itu. 

 

Selain itu, pelaburan ini juga akan mengembangkan kapasiti melebihi 150 cawangan sedia ada di seluruh Malaysia dan Singapura, menurut satu kenyataan bersama.

 

Kilang baharu itu dilengkapi dengan sistem penyimpanan automatik yang akan membantu mengautomasikan proses berulang, mengurangkan tenaga kerja manual dan meningkatkan produktiviti dan kualiti produk secara menyeluruh.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, Golden Scoop akan dapat mengubah dan memodenkan proses pembuatannya di samping memulakan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan proses.

 

Katanya, pelaburan itu sejajar dengan aspirasi pendigitalan AmBank sebagai institusi kewangan yang menerima IR 4.0 dan memperkasakan pelanggan untuk mengejar kecemerlangan operasi yang dipacu secara digital.

 

"Adalah menarik untuk menyokong jenama aiskrim terkemuka seperti Baskin-Robbins Malaysia untuk meningkatkan masa hadapan industri makanan dan minuman di rantau ini," tambahnya.

 

Sementara itu, presiden Golden Scoop, Datuk Cheah See Yeong merakam penghargaan syarikat di atas sokongan yang diberikan oleh AmBank Group.

 

"Pusat sehenti itu akan membolehkan Golden Scoop untuk meningkatkan lagi kedudukannya dalam industri ais krim premium di Malaysia dan Singapura," kata See Yeong. – DagangNews.com