KUALA LUMPUR 5 Sept - Alliance Bank Malaysia Berhad menjalin kerjasama dengan WOW Fintech untuk meluaskan capaian kad kredit maya (VCC) Visa dengan nombor kad dinamik (DCN) bagi menyediakan pilihan transaksi digital yang lebih selamat dan terjamin untuk kepada pengguna Malaysia
Alliance Bank dalam satu kenyataan media hari ini berkata, perkongsian terbaharu tersebut didorong oleh beberapa siri kerjasama yang telah dimeterai olehnya bagi memperluaskan visinya kepada lebih ramai individu dalam segmen perbankan pengguna seperti yang digariskan dalam strategi Acceler8.
Tambahnya, ia juga telah melancarkan beberapa rumusan inovatif baru-baru ini, termasuk Alliance Bank Visa VCC dengan DCN, yang mendapat penerimaan pasaran yang baik, di mana pangkalan pengguna kad kreditnya meningkat 25% selepas pelancaran VCC dengan DCN pada April tahun ini.
Melalui kerjasama ini, ia membuka jalan kepada pengguna aplikasi kesetiaan WOWNations oleh WOW Fintech untuk memohon dan mengakses Alliance Bank Visa VCC secara terus pada platform, meluaskan rumusan inovatif VCC itu kepada lebih ramai pelanggan.

“Kerjasama dengan WOW Fintech membolehkan kami melaksanakan cadangan ‘Bank Dalam Poket Anda’ kepada pelanggan yang bijak digital, membantu mereka menangani kebimbangan mengenai risiko penipuan dan kecurian identiti.
“Pada masa yang sama, pelanggan berpeluang mendapat manfaat apabila mereka menggunakan VCC Bank melalui aplikasi kesetiaan WOWNations,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam.
Menurut Alliance Bank, WOWPoints boleh digunakan untuk menebus pelbagai barangan seperti makanan dan membeli-belah. Pendaftaran yang berjaya untuk VCC melalui WOWNations akan melayakkan pelanggan mendapat mata WOWNations bernilai RM300.
Pengarah Urusan Kumpulan WOW Fintech, Datuk Sunny Tan menekankan bahawa misi utama WOWNations adalah memupuk inovasi dan memacu perubahan positif.
“Visi kami adalah memperkasakan rakyat Malaysia dengan rumusan kewangan pintar dan melalui kerjasama strategik dan kemajuan teknologi, kami komited untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dan sejahtera,” ujar beliau.
Proses permohonan Alliance Bank Visa VCC dalam talian sepenuhnya adalah pantas dan mudah, dengan dokumen sokongan seperti penyata KWSP atau slip gaji diserahkan secara digital.
Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini atau produk dan perkhidmatan bank boleh dilayari di laman web https://www.alliancebank.com.my. - DagangNews.com








