Aktiviti perikanan terjejas, PublicInvest unjur pendapatan QL Resources lemah pada 4QFY23 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aktiviti perikanan terjejas, PublicInvest unjur pendapatan QL Resources lemah pada 4QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Jun - Public Investment Bank (PublicInvest) mengunjurkan QL Resources Berhad akan mencatatkan pendapatan yang lemah bagi 4QFY23 disebabkan faktor bermusim yang menjejaskan aktiviti perikanan.

 

Firma itu berkata, walaupun kumpulan itu berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran pembukaan antara 70 hingga 80 kedai Family Mart pada FY23 (61 cawangan pada 3QFY23) namun firma itu bimbang dengan margin keuntungan mereka.

 

Katanya, purata jualan kedai dilihat lebih rendah dengan perbelanjaan pengguna yang lebih lama dengan kos tenaga kerja yang lebih tinggi.

 

"Kami berpendapat bahawa margin kukuh daripada segmen penternakan bersepadu (ILF) tidak mampan, berikutan permintaan yang lebih rendah untuk perdagangan bahan mentah makanan dan harga telur yang lebih lemah di Vietnam.

 

"Bagaimanapun, subsidi kerajaan di Malaysia ditambah dengan pemulihan dalam permintaan telur menjelang perayaan Aildilfitri seharusnya membantu mengurangkan kesan daripada cabang perdagangan bahan mentah makanan dan operasi Vietnam," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, untung bersih teras 3QFY23 melonjak 62.5% kepada RM97.2 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam margin segmen ILF memandangkan pemulihan dalam permintaan telur dalam keadaan bekalan yang ketat di Vietnam dan Malaysia.

 

Di samping itu, subsidi kerajaan juga membantu mengurangkan kos input yang lebih tinggi.

 

Walaupun mencatatkan jualan yang lebih tinggi, pendapatan segmen kedai sebaneka (CVS) jatuh sebanyak 62.8% akibat peningkatan dalam kos operasi dan purata jualan yang lebih rendah bagi setiap kedai.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu RM6.20 sesaham. - DagangNews.com