airasia ride perkenal ciri baharu tempahan untuk KL, Bangkok dan Bali | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

airasia ride perkenal ciri baharu tempahan untuk KL, Bangkok dan Bali

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 April - Para pelancong kini boleh melawati Kuala Lumpur, Bangkok, dan Bali dengan merancang perjalanan dengan lebih mudah menerusi ciri baharu pra-tempah antara negara dari airasia ride, yang mana mereka boleh menempah seawal tiga hari sehingga empat jam sebelum ke destinasi pilihan dari mana-mana negara lain.

 

Sebagai permulaan, ciri baharu ini tersedia untuk ketibaan di lapangan terbang utama seperti Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai klia2) di Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali, Indonesia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, Lim Chiew Shan berkata, sambil pihaknya terus mengukuhkan matlamat sebagai platform perjalanan dan gaya hidup, segala yang mereka lakukan adalah tertumpu kepada memberikan pengalaman terbaik untuk para pelancong. 

 

Oleh itu katanya, tumpuan pihaknya pada perjalanan lapangan terbang merentasi destinasi pelancongan utama seperti di Kuala Lumpur, Bangkok dan Bali yang mana airasia ride boleh memudahkan perjalanan yang lancar dari rumah ke lapangan terbang dan hotel melalui satu aplikasi. 

 

"Kami mahu terus mengembangkan perkhidmatan dan jumlah penumpang di lapangan terbang kami.

 

"Ciri baharu ini yang membolehkan anda semua membuat pratempah perjalanan anda dari mana-mana sahaja di dunia ini dan akan memberikan lebih nilai dan kemudahan, selain daripada pengalaman baharu untuk pengembara," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

airasia

 

 

Untuk perkembangan terkini daripada airasia Super App, orang ramai boleh mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. 

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

Bagi pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery. - DagangNews.com