93 projek baharu dan sambungan dibangunkan di Perak bernilai RM936.55 juta | DagangNews Skip to main content

93 projek baharu dan sambungan dibangunkan di Perak bernilai RM936.55 juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir bagi merasmikan majlis penutupan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi ke-5 Peringkat Negeri Perak, hari ini.

PASIR SALAK 3 Julai - Perdana Menteri menyambut baik usaha kerajaan negeri Perak memantapkan industri pelancongannya dengan menjenamakan Pangkor sebagai destinasi pelancongan marin nautika melalui Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22).

 

Ini kerana menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pendidikan amat penting bagi menjamin masa depan Keluarga Malaysia. 

 

Di Perak, katanya, terdapat 93 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan sebanyak RM936.55 juta.

 

"Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial kini membangunkan Pusat Rehabilitasi Neuro Robotik dan Cybernetics Kebangsaan di Bandar Meru Raya melibatkan kos RM654 juta, menjadi satu-satunya negeri menawarkan kemudahan robotik ini," katanya. 

 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis penutupan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi ke-5 Peringkat Negeri Perak, hari ini. 

 

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

 

Jelajah AKM peringkat negeri Perak membuka tirai sejak Jumaat dengan lebih 30,000 pengunjung dijangka menghadiri program yang dijadual berakhir pukul 6 petang hari ini.

 

Program itu sebelum ini telah diadakan di Johor, Perlis, Sabah dan Terengganu dan sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada Keluarga Malaysia.

 

Selain itu, menurut Ismail Sabri, di bawah Pelan Pemulihan Nasional, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) turut melaksanakan beberapa program di Perak yang menawarkan 56,642 peluang pekerjaan.

 

"Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula menyediakan peruntukan sebanyak RM1.77 bilion bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di negeri ini," katanya. - DagangNews.com