KUALA LUMPUR 15 April - Sempena Ramadan dan fasa peralihan ke endemik, kira-kira 800 peniaga bazar Ramadan telah mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost bagi melindungi keselamatan masyarakat melalui pembayaran tanpa tunai.
Gerai-gerai seperti Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, Air Balang Laksamana, Syakiya Nasi Lemak Kukus, dan Murtabak Muslim KL antara ratusan peniaga bazar yang telah menerima Boost sebagai penyelesaian pembayaran digital pilihan mereka pada tahun ini.
Salah seorang peniaga, Mohd Ridzuan Kihi berkata, mereka gembira kerana bazar Ramadan kini boleh beroperasi sepenuhnya selepas menghadapi sekatan selama 2 tahun akibat COVID-19.
"Pasukan kami sangat teruja untuk kembali berhubung dengan pelanggan setia kami dan memasak sajian kegemaran mereka di bazar. Sebagai satu komuniti, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelanggan dan pekerja kami selamat dengan menyediakan kemudahan pembayaran tanpa sentuhan untuk transaksi harian, seperti Boost," katanya.
Peniaga, Joe Qamarul Abdul Razak pula berkata, perniagaan kecil sepertinya bergantung pada musim perayaan sebagai sumber pendapatan utama mereka untuk menampung kos kehidupan sepanjang tahun.
Dia berterima kasih kepada Boost kerana membuat pembayaran tanpa tunai lebih mudah diakses oleh semua orang, kerana ia membantu meminimumkan risiko gangguan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.

Di samping memperkasakan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan lapisan perlindungan tambahan melalui penyelesaian fintech yang mudah digunakan serta lancar, Boost juga telah menyuntik insentif bagi pembeli untuk menyokong perniagaan tempatan.


Demi menyokong komuniti peniaga tempatan, setiap Jumaat pada jam 12 sehingga 4 petang dari sekarang hingga akhir bulan April 2022, rakyat Malaysia boleh menebus kredit duit raya RM10 di aplikasi Boost sebagai sebahagian daripada kempen ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz, Eric Chong berkata, pihaknya amat teruja melihat ratusan peniaga bazar Ramadan menggunakan Boost sebagai platform pembayaran digital pilihan mereka.

"Ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk lebih memudahkan akses penyelesaian digital dan juga memperkasakan PMKS dengan alatan dan sokongan yang diperlukan untuk pertumbuhan perniagaan mereka di era digital ini. Dengan hampir setengah juta perniagaan tempatan yang menggunakan Boost di seluruh negara, kami bersedia untuk membantu komuniti peniaga dan MSME kami," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, Boost telah merancakkan tawaran dengan ganjaran ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’ untuk menggembirakan hampir 10 juta pelanggannya.

"Boost akan sentiasa di sisi rakyat Malaysia sebagai peneman gaya hidup sehenti untuk segala keperluan harian, termasuk kemudahan pembayaran bil, transaksi dalam talian, e-derma, pembayaran tanpa tunai dan banyak lagi terutamanya pada musim Ramadan ini. Dengan Boost, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah bazar yang lancar dengan insentif dan diskaun yang menarik," katanya.
Para peniaga Bazar yang ingin ‘Boost-kan’ gerai bazarnya untuk menawarkan kemudahan dan keselamatan lebih tinggi kepada pekerja dan pelanggan mereka, boleh berdaftar di sini https://bit.ly/boostbizramadan. - DagangNews.com








