KUALA LUMPUR 11 Jan - Sebanyak 637 bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dibimbing secara langsung oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sepanjang tahun lalu.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd, bimbingan secara dekat tersebut disediakan di bawah pementoran Titanium yang mengambil masa selama 424 jam.
Katanya, walaupun kini terlibat dalam dunia korporat sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah ManagePay Systems Bhd (MPay), Dr Azizan tetap berikan tumpuan kepada anak didiknya.
"Dr. Azizan mempunyai jadual padat dengan pembelajaran di luar negara, tapi serius untuk membangunkan anak bangsa untuk berjaya.
"Ia merupakan 'minat' beliau untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan ke tahap yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mustahil untuk seseorang itu konsisten melakukan apa yang dilakukannya tanpa minat yang tinggi.
Dalam pada itu, Radz memaklumkan, Dr. Azizan bukan sahaja akan menumpukan usahawan di negara ini, malah di Indonesia.



"Beliau akan membantu PKS di sana untuk bertahan, bahkan berkembang meskipun dikatakan banyak cabaran pada tahun ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, bagi pembukaan tahun ini, Dr Azizan bersama RichWorks mahu mengubah hidup orang ramai khususnya usahawan melalui program Nak Ubah Hidup (NUH 2023).



Radz berkata, NUH terbuka dengan tiket am percuma kepada semua terutama usahawan yang serius mahu berubah dan maju lagi.
"Alhamdulillah, kita sudah menerima kira-kira 13,000 pendaftaran dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bahkan negara jiran, Singapura," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web nakubahhidup.com sekarang. - DagangNews.com








