50 pemenang kempen sertai acara 'spin cycle' HappyFresh | DagangNews Skip to main content

50 pemenang kempen sertai acara 'spin cycle' HappyFresh

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jun - Dalam usaha mencari pendekatan baharu untuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar, HappyFresh baru-baru ini menganjurkan acara spin cycle di Publika, di sini. 

 

Acara tersebut menyaksikan lebih 50 pemenang kempen mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh oleh HappyFresh, yang menampilkan petikan bunyi barangan segar yang diiringi muzik untuk menghasilkan rentak tersendiri yang bertenaga, sesuai untuk senaman. 

 

Dari 23 Mei hingga 9 Jun, HappyFresh menganjurkan kempen Spend Big, Win Big yang mana pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200. 

 

Sepanjang sesi tersebut para peserta mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh terkini oleh HappyFresh. 

 

Acara tersebut menampilkan selebriti seperti Sazzy Falak, Siu Lim, Nadia Anuar, Linora Lim dengan sokongan rakan jenama HappyFresh seperti UFC, Zespri Kiwi, HOMESOY dan Ben’s Independent Grocer.

 

Kempen Frequency of Fresh oleh HappyFresh ini menyertakan siri pengaktifan berasaskan audio untuk membantu memilih barangan yang paling segar berdasarkan bunyi dan menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan makanan yang paling segar. 

 

Pengaktifan audio ala ASMR ini menampilkan Hullera, Dizkopolis, dan ramai lagi artis lain dari pelbagai genre muzik.

 

 

happyfresh

 

 

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata, mereka percaya ada cara yang lebih menghiburkan dan melibatkan sensori untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui penggunaan barangan segar. 

 

"Bagi kami, cara yang sesuai adalah dengan memperluaskan rentak Spotify Frequency of Fresh yang diadun semula menerusi acara kayuhan basikal yang imersif. 

 

 

happyfresh

 

 

happyfresh

 

 

"Kami ingin memberi panduan kepada pelanggan kami ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan yang paling segar dalam sajian harian mereka yang dapat dipenuhi HappyFresh apabila pelanggan menyerahkan pilihan barangan runcit mereka kepada pembeli-belah peribadi kami.

 

"Di samping itu, pelanggan kami juga boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan promosi dan diskaun semasa kami," katanya. - DagangNews.com