KUALA LUMPUR 9 Mac - 168 Park Selayang bersedia untuk menarik minat pembeli rumah kali pertama yang sedang mencari hartanah dengan harga berpatutan berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Terdiri daripada tiga bangunan kediaman bertingkat tinggi dengan saiz unit yang baik, pemandangan langit tidak terhalang, susunan teratur, dan sistem keselamatan pelbagai lapisan serta sebuah pusat beli-belah, 168 Park Selayang sedia untuk menjadi pusat tumpuan serba baharu di Selayang.
Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Selayang Sdn Bhd, Edward Lum berkata, ia menawarkan 1,433 kediaman bertingkat tinggi yang terbahagi kepada dua blok.
Beliau berkata, Blok A menyediakan lapan saiz unit, antara 560 kaki persegi sehingga 1050 kaki persegi dengan harga bermula dari RM297,000.
"Blok B boleh didapati dalam empat saiz, yang juga akan dilancarkan pada masa terdekat. Pilihan unit ini menyediakan pelbagai pilihan bagi para pencari rumah berdasarkan gaya hidup dan bajet mereka.
"Kami berada dalam posisi unik untuk menawarkan harga mesra pelanggan disebabkan latar belakang kontraktor kami. Dengan memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran tentang proses pembinaan dan amalan pembangunan cekap, kami dapat menawarkan penjimatan yang besar kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Edward, salah satu tarikan utama 168 Park Selayang adalah tahap kebolehcapaian yang tinggi melalui Jalan Kuching, Jalan Lingkaran Tengah 2, DUKE dan Lebuhraya Kepong-Selayang.


"Dengan harga permulaan dari RM297,000 sahaja, para pembeli dapat tinggal di unit yang terletak di lokasi strategik, moden, mesra alam. Kami sudah pun melihat sambutan positif terhadap pembangunan ini sejak galeri kami dilancarkan,” katanya.
168 Park Selayang menyediakan 25 kemudahan berkonsepkan percutian, direka untuk menggalakkan penduduk berehat dan bersantai di luar.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk, refleksologi, pusat penjagaan kanak-kanak, taman herba, taman permainan air, pawagam terbuka, kolam renang, kawasan barbeku dan banyak lagi.

Pusat beli-belah dua tingkat yang juga menawarkan sebuah pawagam itu menawarkan sebuah hab sosial yang meriah bagi masyarakat di sekitarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai projek pembangunan ini, para pembeli boleh melayari https://www.168parkselayang.com.my/ atau menghubungi talian 012- 2828263.
Galeri jualan itu terletak di Lot 168, Jalan Kuching, Bandar Selayang, Batu Caves , Selangor dan dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. - DagangNews.com








