150 pelajar SPE UPM hadir sesi interaksi bersama Pengerusi Bank Rakyat | DagangNews Skip to main content

150 pelajar SPE UPM hadir sesi interaksi bersama Pengerusi Bank Rakyat

SERDANG 25 Mei - Seramai 150 pelajar Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta peserta UNIPreneur dan RAKYATPreneur menghadiri sesi interaksi bersama-sama Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar dalam program Santai Aidilfitri Bersama Bank Rakyat UNIPreneur, baru-baru ini. 

 

Program itu diadakan sebagai sesi interaksi antara Bank Rakyat dengan peserta Program Rintis Bank Rakyat UNIPreneur yang telah bermula sejak September 2021 dan tamat pada Februari 2022. 

 

Program Rintis Bank Rakyat UNIPreneur merupakan inisiatif Unit Kelestarian, Bank Rakyat yang melibatkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk membantu usahawan siswa mengembangkan perniagaan mereka. 

 

Seramai 10 pelajar UPM telah dipilih sebelum ini sebagai peserta UNIpreneur dan telah diberikan suntikan dana sebanyak RM2,000 seorang serta bimbingan untuk menjalankan perniagaan. 

 

Kesinambungan Program Rintis Bank Rakyat UNIpreneur 2.0 akan diteruskan pada tahun 2022 dengan penglibatan seramai 20 pelajar setiap institusi dengan suntikan dana sebanyak RM60,000. 

 

Bagi sesi kali ini, setiap pelajar akan menerima suntikan dana sejumlah RM3,000 setiap seorang. 

 

Dalam majlis itu, Abdul Rani menegaskan bahawa untuk menjadi usahawan berjaya, pelajar perlu mempunyai jiwa yang kental dan berani untuk mendepani cabaran. 

 

 

upm

 

 

upm

 

 

Peserta UNIPreneur, Nazatul Syahirah Mohd Fazeli berkata, program itu memberikannya peluang untuk meneroka lebih luas strategi keusahawanan melalui bimbingan mentor UNIPreneur serta latihan yang disediakan oleh urus setia SPE. 

 

 

upm

 

 

Turut hadir dalam program itu, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin; Pengarah Wilayah (Utara Semenanjung), Norahim Buang; Ketua Wilayah Selangor, Bank Rakyat, Abdul Yazid Yaacob dan Pengurus Cawangan Serdang Raya Bank Rakyat, Mohd Gontor Mohd Sahid. - DagangNews.com