Apa kaitan COVID-19 dengan harta pusaka? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 31 May 2021
WasiyyahShoppe

 Apa kaitan COVID-19 dengan harta pusaka?  

 

 

AKHIRNYA Kerajaan mengisytiharkan ‘total lockdown’ selepas kes COVID-19 semakin mengganas dan memungkinkan sistem kesihatan Malaysia runtuh secara total juga.

 

Penulisan saya kali ini tidak menjurus kepada menuding jari siapa yang salah bila keadaan ini berlaku. Pada pemerhatian dan pandangan saya, secara umumnya, kita semua bertanggungjawab terhadap berlakunya keadaan ini. Dari Kerajaan sehinggalah rakyat.

 

Apapun kita redha dengan situasi ini kerana ia adalah ujian yang Allah SWT turunkan kepada kita sebagai tanda sayangnya Dia kepada kita. Bertabahlah menghadapi ‘total lockdown’ ini.

 

Yang saya nak ulas di dalam penulisan kali ini ialah kaitan di antara COVID-19 dan kes harta pusaka yang masyarakat masih tidak nampak hingga hari ini .

 

Kita mengakui hakikat bahawa COVID-19 ini sangat ganas dan menakutkan. Sudah banyak kes kita dengar pesakit mati akibatnya tanpa menunjukkan apa-apa simptom. Banyak juga kes kita dengar pesakit sebaik sahaja disahkan  positif, mati hanya dalam masa beberapa jam selepas itu.

 

Kita semua bimbang jangkitan ini akan berlaku kepada diri kita dan keluarga kita. Maka kita mengambil banyak langkah berjaga-jaga seperti ‘self lockdown’, ikut SOP dan pelbagai langkah-langkah yang lain.

 

Apa yang masyarakat tak nampak dan sering terlepas pandang ialah langkah mitigasi ini perlu juga merangkumi persediaan diri sekiranya sesuatu berlaku kepada kita.

 

Benar kita secara peribadi dah ambil langkah berjaga-jaga, tetapi jika orang di sekeliling kita tidak berhati-hati, kita berpotensi untuk terjangkit juga. Berapa banyak kes COVID-19 terjangkit kepada ibu bapa dan pembawanya ialah anak-anak? Begitu jugalah sebaliknya.

 

Jadi dalam kita mengambil langkah-langkah penjagaan seperti ditetapkan pihak berkuasa, kita juga perlu menyediakan pelan mitigasi risiko sekiranya sesuatu berlaku kepada kita.

 

Sejak 23 tahun lepas, orang marah saya sebab selalu bercerita tentang kematian. Sejak itu juga saya tegar mendidik masyarakat bahawa `mati itu pasti dan kita mesti bersedia berdepan dengannya’. Bukankah Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita bahawa orang yang paling bijaksana itu ialah orang yang selalu mengingati kematian dan bersedia untuk menghadapinya?

 

Jadi bila saya bercerita tentang harta pusaka, saya sebenarnya mengajak orang Islam supaya menjadi bijaksana dengan mengingati kematian dan membuat persediaan.

 

 

 

 

WasiyyahShoppe

 

 

 

 

Kalau sebelum COVID-19, masih ramai masyarakat yang merasakan kematian itu jauh, selepas COVID-19 melanda sejak 2020, sedikit demi sedikit saya perhatikan kesedaran masyarakat mulai meningkat.

 

Dengan wujudnya COVID-19, kematian kelihatannya amat dekat dan 'real' kepada kita baik orang yang sudah berumur mahupun orang muda.

 

Selain persediaan polisi takaful yang akan meringankan beban kewangan waris yang ditinggalkan, persediaan pengurusan harta pusaka juga mesti dibuat oleh rakyat Malaysia.

 

Wasiyyah Shoppe Berhad sejak 17 tahun yang lepas, istiqomah menyeru umat Islam supaya bersegera merancang harta tanpa berlengah lebih-lebih dalam keadaan COVID-19 mengganas sekarang, terlalu tinggi risiko untuk kita dijangkiti.

 

Bila Kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ maknanya proses perbicaraan harta pusaka juga akan tertangguh kerana Mahkamah dan Pejabat Pusaka Kecil ditutup. Jika dibuka pun ketika PKPB dan PKPP sebelum ini, jumlah kes yang dibicarakan juga dihadkan. Apa maknanya semua ini kepada kita?

 

Maknanya, dalam keadaan kematian semakin banyak, kes pusaka yang berlaku juga semakin meningkat, jumlah kes pusaka yang perlu dibicarakan juga akan bertambah.

 

Tetapi jumlah kes yang dibicarakan pula semakin terhad kerana kekangan di mahkamah dan Pejabat Pusaka Kecil. Ini juga bermakna harta pusaka yang tidak terurus nilainya semakin berlipat kali ganda berbanding RM70 bilion yang dimaklumkan sebelum ini.

 

Maknanya juga, waris-waris yang tidak tahu tentang hak dan hukum hakam berkaitan harta pusaka akan berkecenderungan juga untuk berbalah dan berkecenderungan juga untuk termakan harta yang bukan milik mereka. Menakutkan, bukan?

 

 

 

WasiyyahShoppe

 

 

 

Ada juga orang yang bagi respon kepada saya, mana ada waris gaduh tentang harta pusaka pada musim COVID-19 ini. Masing-masing sibuk dan paranoid menjaga kesihatan sendiri. Betulkah pandangan ini?

 

Sudahlah kes pusaka banyak tertangguh dan lambat dibicarakan, pada ketika pendapatan terjejas, ketika ekonomi keluarga merudum dan tiba-tiba mereka berpeluang mendapat bahagian dalam harta pusaka, adakah anda fikir waris-waris  akan berkompromi dengan mudah untuk melepaskan bahagian masing-masing atau redha meredhai? 

 

Dari pengalaman saya, ketika ekonomi bagus pun, kadang-kadang sukar untuk waris berkompromi, inikan pula dalam keadaan ekonomi seperti sekarang.

 

Anda nampak kaitan COVID-19 dengan kes pusaka di Malaysia? Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang? Anda sebenarnya perlu mengurus harta pusaka anda di Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini.

 

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan Al Wasitah kami di mana bila berlaku kematian, kami akan membantu waris-waris anda melalui proses tuntutan harta pusaka baik di Mahkamah mahupun di Pejabat Pusaka Kecil secara PERCUMA.

 

Ya perkhidmatan ini diberikan kepada waris secara PERCUMA tanpa waris perlu membayar apa-apa fi perkhidmatan kami. Waris-waris hanya perlu membayar fi yang dikenakan oleh Mahkamah, Pejabat Pusaka Kecil, Pejabat Tanah atau ejenis-ejensi yang berkaitan sahaja.

 

Anda perlu tahu, kecuali jika anda sebagai waris menguruskan sendiri semua proses tuntutan harta pusaka ini, akan terdapat fi perkhidmatan dikenakan ke atas harta pusaka atau dibayar oleh waris sebanyak beberapa peratus dari nilai harta pusaka ketika kematian atau beberapa ribu ringgit jika kes ini diuruskan oleh pihak profesional. Fi perkhidmatan inilah yang tidak dikenakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad jika anda melanggan perkhidmatan Al Wasitah.

 

 

WasiyyahShoppe

 

 

Untuk mengelakkan waris-waris bertelagah dan supaya waris-waris faham sepenuhnya tentang isu hukum, hak dan perundangan harta pusaka pula, selepas dimaklumkan tentang kematian pelanggan, kami akan memberi khidmat runding cara secara PERCUMA juga melalui perbincangan  dalam talian.

 

Dengan penerangan ini waris-waris tidak akan terkeliru dan jelas dengan proses yang akan mereka depani. Ini akan melancarkan proses tuntutan harta pusaka. 

 

Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, ia juga akan sangat membantu jika waris-waris dibantu secara PERCUMA di dalam semua urusan proses tuntutan harta pusaka oleh syarikat amanah profesional seperti Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

Memang benar Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh membantu waris ‘jump queue’ bagi perbicaraan kes tapi sekurang-kurangnya semua dokumentasi dan prosedur yang ditetapkan pihak berkenaan, telah lengkap disempurnakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

Jika waris sendiri yang menguruskan dokumentasi ini, ada kebarangkalian berlaku keciciran dokumen kerana ketidakfahaman waris mengenai prosedur yang berkaitan.

 

Jadi anda sudah ada pelan mitigasi di dalam keadaan risiko COVID-19 yang semakin meningkat ini?


 

ariffinsabirin
Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas dan CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

            

WasiyyahShoppe

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH
 

 

 

 

Portfolio Tags