Teleperubatan, e-kesihatan bakal dilaksana di Sabah, Sarawak hujung tahun ini - Fahmi
KUALA LUMPUR 30 Julai - Perkhidmatan teleperubatan dan e-kesihatan dijangka mula beroperasi di beberapa lokasi terpilih di Sabah dan Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.






