Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 2 November 2020

WasiyyahShoppe

ALTRUISME DAN  HARTA PUSAKA

 

SAYA sudah terlibat di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka selama 22 tahun sejak 1998. Banyak kerenah manusia telah saya lihat sepanjang tempoh itu. Dari pemerhatian saya terhadap kelakuan pengguna (consumer behavior), saya dapati bahawa salah satu dari faktor yang menyebabkan seseorang itu bersusah-payah merancang harta ialah faktor ‘altruisme’.

 

Apakah itu altruisme? Kalau dicari di dalam Google pembaca akan jumpa maksudnya. Seseorang yang mempunyai sifat altruisme ini cenderung meletakkan kepentingan orang lain di depan kepentingannya sendiri. Dia lebih mendahulukan orang lain daripada diri dia sendiri. Dalam konteks harta pusaka bahasa mudahnya ialah, “Tak apalah aku bersusah payah merancang harta dan membayar asalkan waris-waris aku tak perlu bersusah-payah menguruskan harta aku dan tak berbalah tentangnya.”

 

Dari pengalaman, saya jumpa ramai ibu bapa yang mempunyai sifat begini. Memang secara semula jadi ibu bapa akan sanggup buat apa sahaja untuk kebaikan anak-anaknya. Kita dapat lihat bagaimana ibu bapa bertungkus-lumus mencari pendapatan dan mengumpul harta supaya dapat memberikan anaknya kesenangan dalam hidup. Sifat altruisme ini normal kepada ibu bapa. Kalau ibu bapa yang tidak ada sifat ini maka ia tidak normal!

 

Apabila ibu bapa itu mula membuat keputusan untuk merancang harta, dalam banyak keadaan yang saya perhatikan, ia bukanlah kerana mereka merasakan anak-anak mereka tidak bagus dan akan bergaduh berebut harta mereka selepas mereka mati nanti. Semua ibu bapa mempunyai persepsi yang baik terhadap anak mereka. Semua ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya.

 

Sebaliknya ibu bapa ini merancang harta kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka berdepan kesukaran selepas kematian mereka. Ada 3 faktor yang rakyat Malaysia mesti faham tentang harta pusaka.

 

  1. Pengetahuan. Proses menuntut harta pusaka bukanlah proses yang mudah jika waris tidak tahu apa yang nak dibuat. Bermula dari proses memfailkan permohonan bicara kuasa yang memerlukan waris faham sepenuhnya apa dokumen rasmi yang diperlukan dan apa proses yang akan dihadapi oleh waris, sehinggalah ke permuafakan waris mengenai pelantikan pentadbir dan formula agihan (sama ada secara faraid atau muafakat) serta proses mendaftarkan semua harta di atas nama mereka di agensi berkenaan selepas Perintah Pembahagian dikeluarkan, proses ini mungkin makan masa bertahun lamanya jika waris tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

     

  2. Faktor kos. Jika waris merasakan proses ini sukar dan ingin menggunakan perkhidmatan profesional pihak ketiga, akan ada pula fi pengurusan yang dikenakan dari beberapa ribu ringgit sehingga beberapa peratus dari nilai harta pusaka yang diuruskan. Waris yang merasakan mereka sendiri ingin mengambil inisiatif  pula berdepan situasi terpaksa menanggung kos urusan itu terlebih dahulu seperti membayar fi carian rasmi di pejabat tanah atau fi-fi lain yang berkaitan termasuk kos pengangkutan dan penginapan jika mereka termasuk melakukan perjalanan jauh bagi tujuan itu.

     

  3. Masa. Waris juga berdepan cabaran untuk mencari masa bagi menguruskan harta pusaka ini. Bagi melalui proses perundangan menuntut harta pusaka, waris perlu mengunjungi pejabat tanah (untuk membuat carian rasmi hartanah jika simati ada meninggalkan hartanah), membuat Permohonan bicara kuasa di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil (menggunakan perkhidmatan peguam) dan menghadiri bicara kuasa pada tarikh yang ditetapkan. Ini semua berlaku hanya pada hari bekerja dan waktu bekerja sahaja bermakna waris yang mengambil inisiatif ini perlu berkorban masa dan tenaga untuk melalui proses ini. Jika ibu bapa meninggal dunia pada usia tua, warisnya semua sedang berada di kemuncak kerjaya dan sibuk dengan urusan keluarga masing-masing.  

 

aaa

 

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami faham kebimbangan ibu bapa yang mempunyai sifat altruisme ini. Mereka tercari-cari apakah yang boleh mereka lakukan supaya waris-waris mereka tidak melalui susah-payah tiga faktor di atas. Mereka mahukan waris mereka meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa sebarang gangguan tapi dalam masa yang sama harta pusaka mereka diurus oleh profesional dengan lancar tanpa membebankan waris baik dari segi kos ataupun masa.

 

Atas kerana itulah Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan perkhidmatan Al-Wasitah iaitu perkhidmatan pengurusan harta pusaka yang pertama dan satu-satunya di Malaysia. Melalui perkhidmatan ini dengan bayaran semurah RM50 sebulan, kesemua urusan harta pusaka umat Islam akan diselesaikan secara percuma.

 

Waris akan dibimbing selangkah demi selangkah bagaimana melalui proses perundangan yang rumit ini dan segala urusan dokumentasi dibuat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Waris hanya perlu hadir bicara kuasa dan itupun dengan ditemani oleh pegawai Wasiyyah Shoppe Berhad. Kami juga membantu waris mendaftarkan perintah-perintah berkaitan sehingga harta itu sah berdaftar di atas nama waris. Semuanya percuma.

 

Kenapa percuma? kerana ibu bapa mereka yang mempunyai sifat altruisme itu telah bersusah-payah merancang dan mengeluarkan belanja untuk kesenangan mereka. Kami selalu menasihatkan anak-anak supaya jangan lupa berterima kasih dan mendoakan roh ibu bapa kerana itulah harapan mereka di alam barzakh.  

 

Ada tak ibu bapa yang tiada sifat altruisme ini ? Tentu ada. Saya pernah berjumpa dengan ibu bapa yang mengatakan, “Saya dah bersusah-payah seumur hidup mengumpul harta. Biarlah anak-anak saya pula bersusah-payah menuntut harta pusaka bila saya mati nanti.” Oleh kerana dia melalui kesusahan dan cabaran hidup, dia mahukan anak-anak dia juga menghadapi kesukaran yang sama. Ini dipanggil sifat ‘egoisme’. Bertentangan dengan sifat altruisme, orang yang bersikap egoisme meletakkan kepentingan dirinya di depan kepentingan orang lain.

 

Ibu bapa begini dia tidak nampak bahawa doa anak-anak itulah yang diharapkan olehnya selepas dia mati. Kerana dia pernah melalui kesusahan, dia mahukan anaknya juga melalui kesusahan. Ini bukanlah falsafah mendidik anak yang kontemporari, betul tak?

 

Jadi jika anda jatuh dalam kategori ibu bapa yang ada sifat altruisme, tanggungjawab anda bukan sahaja mencari pendapatan dan memberi kesenangan kepada anak-anak, tetapi juga untuk memastikan mereka tidak kelam kabut tunggang terbalik menguruskan harta pusaka yang anda tinggalkan.

 

Tetapi jika anda ialah ibu bapa yang tebal dengan sifat egoisme, lantaklah anak-anak biar mereka bersusah-payah menguruskan harta pusaka kita. Anda ibu bapa kategori mana? Saya kategori altruisme. Saya sudah merancang semua harta saya dengan baik supaya waris saya tidak berdepan kesukaran. Bolehlah mereka doakan roh saya banyak-banyak.  

 

 

ariffinsabirin

Ariffin Sabirin adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan harta secara Syariah sila klik di sini: Wasiyyah Shoppe

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH

COVID-19 dan perancangan harta

INTEGRITI DALAM INDUSTRI PERANCANGAN HARTA

Tak semua orang perlu wasiat?

Jangan lupa rancang harta untuk manfaat diri sendiri dulu

SEMAK LATAR BELAKANG SYARIKAT TAWAR KHIDMAT RANCANG HARTA

BUAT DOKUMEN SAHAJA SEMUA SELESAI?

Tiga langkah mudah elak pusaka bermasalah

Balu selalu tertindas bab pusaka?

APA SEBENARNYA PUNCA MASALAH HARTA PUSAKA TERBEKU DI MALAYSIA?
Kita tinggalkan PUSAKA atau PUAKA?

"WARIS AKU CONFIRMED TAK GADUH PUNYA!"

RAMAI ORANG ISLAM TIDAK TAHU DIA SEDANG MENGALAMI KERUGIAN

APA YANG KECOH SANGAT PASAL PUSAKA NI?

 

 

 

 

 

Portfolio Tags